PANDUAN
 

1. Semua calon yang terpilih untuk temuduga dikehendaki muatnaik (upload) dokumen dalam format PDF sebelum atau pada 5 Jun 2026 bagi semua butiran berikut :-

a. Gambar berukuran passport
b. Surat temuduga
c. Borang Pengesahan Kesihatan (sila muat turun borang ini)
d. Sijil kelahiran
e. Salinan kad pengenalan
f. Salinan sijil SPM
g. Salinan slip STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma
h. Sijil MUET atau slip pendaftaran MUET (bagi yang belum mendapat Keputusan MUET)
i. Borang Maklumat Peribadi (sila muat turun borang ini)
j. Lain-lain dojumen untuk menyokong permohonan

Semua hasil salinan sijil calon hendaklah mendapat pengesahan daripada Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan A). Tandatangan bagi pihak (b/p) adalah tidak dibenarkan.
Semua dokumen hendaklah dimuatnaik dalam bentuk PDF di https://festapps.utm.my/mytemubual/

Username :  [Email berdaftar dengan UPU / Smart UTM]
Password  :  [Nombor kad pengenalan]

2. Semua calon yang akan ditemubual juga diminta menjawab soal selidk yang disediakan dala dalam sistem https://festapps.utm.my/mytemubual/   sebelum 5 Jun 2026
 
3. Khusus bagi calon Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian (SHPSH), semua calon yang terpilih untuk temuduga program SHPSH diminta untuk membawa pakaian sukan bagi melakukan Ujian Kecergasan fizikal selepas sesi temubual.
 
4. Temubual akan dijalankan secara bersemuka pada 9 Jun hingga 22 Jun 2026. Semakan butiran temuduga calon ISMP boleh dibuat pada 21 Mei 2026 mulai jam 12 tgh di https://festapps.utm.my/semaktemubual/
5. Semua calon diminta untuk menyertai Group Telegram ISMP 2026/2027 UTM di pautan https://t.me/+CguFQmL6yBkzNjNl

 

 

2026/2027

Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST), Universiti Teknologi Malaysia

:: ::