:: FSSH Rubrikgen 2.0 ::
Pengenalan



xxx

PLO9 KEMAHIRAN PERSONAL (PRS) / (PERSONAL SKILLS)

 

 

DEFINISI  KONSEP

 

Kemahiran Personal (PLO9) berdasarkan;

 

MQF 2.0 (2017)

FSSH (2020)

Pascasiswazah

Exemplify self-advancement through continuous academic and/or professional development.

Mempamerkan peningkatan kendiri melalui perkembangan akademik dan profesionalisme berterusan

 

Display self-advancement through continuous academic and professional development

Prasiswazah 

Engage effectively in self-directed lifelong learning and

professional pathways.

 

Meta analisis kandungan telah dijalankan terlebih dahulu bagi mengenal pasti dimensi pengukuran bagi Kemahiran Personal. Dengan itu, Kemahiran Personal merujuk kepada kemahiran kendiri/ bersifat autonomi seorang individu dalam menerima, mengolah dan mengubahsuai pengetahuan/ maklumat hasil dari proses pencarian, penyusunan dan pengurusan maklumat yang diperolehi dari pelbagai sumber berteraskan minda ingin tahu. Bagi tujuan pembinaan rubrik bagi mengukur hasil pembelajaran mengikut ketetapan MQF 2.0, tiga dimensi utama bagi Kemahiran Personal yang dipilih adalah seperti berikut.

 

    

Pengurusan Maklumat (KPM)     - merujuk kepada kemahiran mencari, menyusun dan menguruskan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber
 
Kebolehsuaian (KBS)   - merujuk kepada kemahiran menerima idea/maklumat baharu ke arah pembelajaran autonomi
 
Minda Inkuisitif (KMI) -

merujuk kepada kemahiran mengembangkan minda ingin tahu / bersifat dahagakan ilmu

     

 Ketiga-tiga dimensi tersebut dipetakan dalam bentuk penyataan jangkaan hasil pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 16

 

 

Jadual 16: Pemetaan Definisi Operasi PLO9 FSSH dengan Jangkaan Hasil dan Kriteria 

Tahap

Definisi Operasi FSSH

Jangkaan Hasil

Kriteria Rubrik

PRS1

 

Kebolehan untuk mencari dan menguruskan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber

Pelajar dapat menghasilkan tugasan / laporan/ video/ ilustrasi gambar yang bersifat ilmiah disertakan dengan senarai rujukan yang lengkap.

KPM1, KPM2. KBS1, KMI1

PRS2

 

Kebolehan untuk menerima idea baharu dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi

Pelajar berpeluang meneroka pelbagai bidang pengetahuan secara kreatif dan inovatif bagi membina kecemerlangan intelektual melalui proses pembelajaran autonomi

KPM1, KBS1, KBS2, KBS3

PRS3

 

Kebolehan untuk mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu

Pelajar mampu menyelesaikan isu / masalah dalam bidang pengetahuan yang dipelajari / kehidupan secara amnya melalui proses minda ingin tahu menerusi pengamatan, penerokaan dan penganalisisan risiko

KMI1, KMI2,

KMI3, KBS2

 

 

10.2          Rubrik Pascasiswazah

 

KRITERIA

CEMERLANG [4]

 

PROFISIEN [3]

 

BAIK [2]

 

KURANG MEMUASKAN [1]

TIDAK MEMUASKAN [0]

PENGURUSAN MAKLUMAT (KPM)

KPM1:

PENCARIAN MAKLUMAT

Berupaya mencari rujukan yang mencukupi dan merangkumi pelbagai sumber.

Berupaya mencari rujukan yang mencukupi sebagai bukti sokongan tetapi dari sumber yang terhad.

Berupaya mencari rujukan yang diambil dari sumber buku teks sahaja. 

Berupaya mencari rujukan terhad kepada senarai yang dinyatakan dalam informasi kursus. 

 

Rujukan tidak dinyatakan

KPM2:

PENYUSUNAN MAKLUMAT

Menyusun maklumat dalam bentuk yang mudah difaham, bersesuaian dengan tajuk dan keperluan tugasan disertakan dengan senarai rujukan yang lengkap 

Menyusun maklumat dalam bentuk yang mudah difaham, bersesuaian dengan tajuk dan keperluan tugasan disertakan dengan senarai rujukan

Menyusun maklumat bersesuaian dengan tajuk dan keperluan tugasan disertakan dengan senarai rujukan yang kurang lengkap 

Maklumat yang disusun kurang bersesuaian dengan tajuk dan keperluan tugasan serta senarai rujukan tidak lengkap  

Maklumat tidak berkaitan tajuk dan tanpa senarai rujukan

KEBOLEHSUAIAN (KBS)

KBS1:

BERDIKARI

Berupaya untuk membuat keputusan sendiri dalam mencari rujukan yang bersesuaian dengan keperluan tugasan tanpa bantua pensyarah atau rakan

Berupaya untuk membuat keputusan sendiri dalam mencari rujukan yang bersesuaian dengan keperluan tugasan dengan bimbingan minima dari pesyarah atau rakan

Berupaya untuk membuat keputusan sendiri dalam mencari rujukan yang bersesuaian dengan keperluan tugasan dengan bergantung harap kepada bmbingan pensyarah atau rakan. 

Kurang berupaya untuk membuat keputusan sendiri dalam mencari rujukan yang bersesuaian dengan keperluan tugasan meskipun mendapat bantuan pensyrah atau rakan. 

Tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri dalam mencari rujukan yang bersesuaian dengan keperluan tugasan

KBS2: PEMBENTUKAN IDEA BAHARU

Berupaya membentuk idea baru daripada penerimaan dan penyesuaian idea lama dan baru

Berupaya menerima idea baru dengan menyesuaikan idea asal mengikut isu/topik yang berkaitan secara kritis

Berupaya menerima idea baru tetapi menghadapi kesukaran menyesuaikan idea asal mengikut isu/topik

Kurang berupaya menerima idea baru dan menghadapi kesukaran menyesuaikan idea asal mengikut isu/topik

Tidak ada pembentukan idea yang diperolehi dari rujukan/ perbincangan

KBS3:

KEMAHUAN UNTUK BELAJAR

Meneroka peluang untuk belajar sesuatu yang baru dengan sendiri

Meneroka peluang untuk belajar sesuatu yang baru dengan bimbingan minima dari pensyarah atau rakan. 

Meneroka peluang untuk belajar sesuatu yang baru dengan bergantung harap kepada bimbingan pensyarah atau rakan. 

Meneroka peluang untuk belajar sesuatu yang baru berdasarkan arahan pensyarah

Tiada usaha mencari peluang untuk belajar sesuatu yang baru

MINDA INKUISITIF (KMI)

KMI1:

RASA INGIN TAHU

Memaparkan rasa ingin tahu tentang perkara baru dan berminat untuk belajar tanpa bantuan orang lain

Memaparkan rasa ingin tahu tentang perkara baru dan berminat untuk belajar dengan bimbingan minima dari pensyarah atau rakan.

Memaparkan rasa ingin tahu tentang perkara baru dan berminat untuk belajar dan bergantung harap kepada bimbingan pensyarah atau rakan.

Memaparkan rasa ingin tahu tentang perkara baru dan berminat untuk belajar berdasarkan arahan pensyarah

Tidak berminat untuk belajar meskipun mendapat bimbingan dari pensyarah mahupun rakan

KMI2:

PENEROKAAN DAN PENGAMATAN

Berupaya menyelidik secara mendalam dibuktikan dengan kepelbagaian rujukan, pengumpulan data dan refleksi berasaskan pengalaman

Berupaya menyelidik secara mendalam dibuktikan dengan senarai rujukan dan refleksi berasaskan pengalaman

Berupaya menyelidik secara ringkas dibuktikan dengan senarai rujukan dan refleksi kendiri.

Berupaya menyelidik secara ringkas dibuktikan dengan senarai rujukan

Tidak ada usaha menyelidik dan tiada rujukan

KMI3:

PENGANALISISAN RISIKO

Memaparkan kemampuan untuk mencuba sesuatu yang baru dengan mengambil kira risiko dengan usaha sendiri

Memaparkan kemampuan untuk mencuba sesuatu yang baru dengan mengambil kira risiko dengan bantuan rakan dan/atau pensyarah secara minima

Memaparkan kemampuan untuk mencuba sesuatu yang baru dengan mengambil kira risiko bergantung dengan sokongan rakan dan/atau pensyarah

Kurang kemampuan untuk mencuba sesuatu yang baru / mengambil kira risiko dengan usaha sendiri atau sokongan dari rakan / pensyarah

Tidak langsung berusaha untuk mencuba sesuatu yang baru

*Level of Attainment (Orrell, J.,2003) Flinders University, Adelaide

** Pemberat bagi setiap kriteria bergantung kepada keperluan kursus. Cadangan bagi keseluruhan pemberat mengukur PLO adalah dalam julat 10-20%.

*** Cadangan 3 kriteria dipilih bagi setiap peringkat (PRS1) dalam sesuatu PLO

 

10.3          Rubrik Prasiswazah

 

 

KRITERIA

PROFISIEN [4]

BAIK [3]

MEMUASKAN [2]

KURANG MEMUASKAN [1]

TIDAK

MEMUASKAN [0]

PENGURUSAN MAKLUMAT (KPM)

KPM1:

PENCARIAN MAKLUMAT

Mempamerkan kebolehan dalam mencari maklumat yang tepat dari pelbagai sumber yang sahih dan sesuai dengan keperluan tugasan

Mempamerkan kebolehan dalam mencari maklumat dari pelbagai sumber dan sesuai dengan keperluan tugasan

 

Mempamerkan kebolehan dalam mencari maklumat dari sumber terhad tetapi sesuai dengan keperluan tugasan

 

Kurang kebolehan dalam mencari maklumat dari pelbagai sumber

 

Tiada bukti pencarian maklumat dilakukan.

 

KPM2:

PENYUSUNAN MAKLUMAT

Menunjukkan usaha menyusun data / maklumat supaya mudah dirujuk, sistematik dan mengikut ketetapan format rujukan

 

 

Menunjukkan usaha menyusun data / maklumat supaya sistematik dan mengikut ketetapan format rujukan

Menunjukkan usaha menyusun data / maklumat mengikut ketetapan format rujukan

Kurang menunjukkan usaha menyusun data / maklumat; format rujukan tidak dipatuhi.

Tiada senarai rujukan dilampirkan

KEBOLEHSUAIAN (KBS)

KBS1:

BERDIKARI

Menunjukkan inisiatif dan usaha kendiri sepenuhnya dalam pencarian maklumat

 

Menunjukkan inisiatif dan usaha kendiri dalam pencarian maklumat; bantuan minima rakan

Menunjukkan inisiatif dalam pencarian maklumat dengan bantuan minima pensyarah

Kurang usaha kendiri dalam pencarian maklumat; memerlukan bantuan pensyarah sepenuhnya

Tiada usaha langsung dilakukan dalam mencari maklumat

KBS2: PEMBENTUKAN IDEA BAHARU

Memilih untuk mensintesis maklumat (gabungan beberapa idea termasuk idea lama) bagi menghasilkan idea baru yang bernas dan relevan

Memilih untuk mensintesis maklumat (gabungan beberapa idea termasuk idea lama) bagi menghasilkan idea baru yang relevan

 

Memilih untuk mensintesis maklumat (gabungan beberapa idea) menghasilkan idea baru

 

 

Kurang mensintesis maklumat; tiada idea baru dihasilkan

Tiada bukti langsung sintesis maklumat berlaku

KBS3:

KEMAHUAN UNTUK BELAJAR

Menunjukkan inisiatif untuk meneroka peluang untuk belajar sesuatu yang baru dengan sendiri

 

Menunjukkan inisiatif meneroka peluang untuk belajar sesuatu yang baru dengan bimbingan minima dari rakan

Menunjukkan inisiatif meneroka peluang untuk belajar sesuatu yang baru; bergantung kepada arahan minima dari pensyarah 

Kurang inisiatif meneroka peluang untuk belajar sesuatu yang baru; bergantung kepada arahan pensyarah sepenuhnya

Tiada usaha mencari peluang untuk belajar sesuatu yang baru

MINDA INKUISITIF (KMI)

KMI1:

RASA INGIN TAHU

Menunjukkan inisiatif untuk mendalami sesuatu ilmu baru tanpa bantuan orang lain

 

Menunjukkan inisiatif untuk mendalami sesuatu ilmu baru dengan bimbingan minima dari rakan

Menunjukkan inisiatif untuk mendalami sesuatu ilmu baru dengan bimbingan minima dari pensyarah

Menunjukkan inisiatif untuk mendalami sesuatu ilmu baru dengan bimbingan pensyarah sepenuhnya

Tiada inisiatif untuk belajar meskipun mendapat bimbingan dari pensyarah mahupun rakan

KMI2:

PENEROKAAN DAN PENGAMATAN

Mempamerkan usaha melakukan pengamatan / penaakulan tentang sesuatu berdasarkan kepelbagaian rujukan, kedalaman perbincangan dan penulisan refleksi

Mempamerkan usaha melakukan pengamatan / penaakulan tentang sesuatu berdasarkan kepelbagaian rujukan dan kedalaman perbincangan

 

 

Mempamerkan usaha melakukan pengamatan / penaakulan tentang sesuatu berdasarkan kepelbagaian rujukan

Kurang melakukan pengamatan / penaakulan tentang sesuatu; Terdapat bukti rujukan dan refleksi tetapi tidak relevan

 

Tiada usaha pengamatan / penaakulan dilampirkan

KMI3:

PENGANALISISAN RISIKO

Menunjukkan inisiatif bagi mengenal pasti dan menganalisis risiko berkaitan keaslian maklumat / kesahihan sumber dengan usaha sendiri

Menunjukkan inisiatif bagi mengenal pasti dan menganalisis risiko berkaitan keaslian maklumat / kesahihan sumber dengan bantuan rakan

Menunjukkan inisiatif bagi mengenal pasti dan menganalisis risiko berkaitan keaslian maklumat / kesahihan sumber dengan bimbingan pensyarah

Kurang inisiatif dalam mengenal pasti risiko berkaitan keaslian maklumat / kesahihan sumber; bergantung sepenuhnya kepada arahan pensyarah

Tiada inisiatif langsung dalam mengenal pasti risiko

*Level of Attainment (Orrell, J.,2003) Flinders University, Adelaide

** Pemberat bagi setiap kriteria bergantung kepada keperluan kursus. Cadangan bagi keseluruhan pemberat mengukur PLO adalah dalam julat 10-20%.

*** Cadangan 3 kriteria dipilih bagi setiap peringkat (PRS1) dalam sesuatu PLO

 

10.4          Rujukan

 

Angeles, M. P. H. (2012) Teaching Efficacy, Interpersonal, Intrapersonal Skills and Teaching Performance in the Tertiary School. IAMURE International Journal of Social Sciences 2(1), 17-25. DOI: 10.7718/ijss.v2i1.8

Ȃskin Tekkol, ˙ I. & Demirel M (2018) An Investigation of Self-Directed Learning Skills of Undergraduate Students. Frontiers in Psychology. 9, 2324. Doi: 10.3389/fpsyg.2018.02324

Atribut Graduan UTM (2017) https://ileague.utm.my/generic-skills/

Biesta, G. (2006) What's the Point of Lifelong Learning if Lifelong Learning Has No Point? On the Democratic Deficit of Policies for Lifelong Learning, The European Educational Research Journal, 5 (3-4), 169-180 https://doi.org/10.2304/eerj.2006.5.3.169

Billet, S. (2018) Distinguishing lifelong learning from lifelong education, Journal of Adult Learning, Knowledge and Innovation, 2 (1), 1-7, DOI: 10.1556/2059.01.2017.3

Boyer, E. (1990). Scholarship reconsidered: Priorities for the professoriate. Princeton, NJ: Carnegie Foundation for the Advancement of Teaching.

Brophy, P. & MacDougall, A. (2000). Lifelong Learning and Libraries. New Review of Libraries and Lifelong Learning, 1, 3-17. https://www.learntechlib.org/p/91161/.

Brophy, P., Craven, J., & Fisher, S. (1998). The Development of the UK Academic Library Services in the context of Lifelong Learning. UKOLN, University of Bath. Retrieved from http://opus.bath.ac.uk/35432/

Brown-Martin, G. & Tavakolian, N. (2015) Learning Reimagined.  New York: Bloomsbury Academic

Carlson, E. R. (2016) Lifelong Learning and Professional Development, Journal of Oral Maxillofacial Surgery, 74, 875-876

De la Harpe, B., & David, C. (2011). Major influences on the teaching and assessment of graduate attributes, Higher Education Research & Development: Journal of the Higher Education Research and Development Society of Australasia, 31(4), 493-510.

Dekker, H., & Wolff, S. W. (2016). Re-inventing research-based teaching and learning. In presentation at the meeting of the European Forum for Enhanced Collaboration in Teaching of the European University Association.

Eve J., de Groot M., & Schmidt A-M.  (2007). Supporting lifelong learning in public libraries across Europe. Library Review, 56 (5), 393-406. DOI 10.1108/00242530710750581

Fechheimer, M., Webber, K. & Kleiber, P. B. (2011) How Well Do Undergraduate Research Programs Promote Engagement and Success of Students? CBE Life Science Education. 10 (2): 156–163. doi: 10.1187/cbe.10-10-0130

Folke, C., S. R. Carpenter, B. Walker, M. Scheffer, T. Chapin, & J. Rockström. (2010). Resilience thinking: integrating resilience, adaptability and transformability. Ecology and Society 15(4): 20. [online] URL: http:// www.ecologyandsociety.org/vol15/iss4/art20/

Healey, M., & Jenkins, A. (2009). Developing undergraduate research and inquiry. The Higher Education Academy, Taylor & Francis: Milton Park.

Heinrich, E., Bhattacharya, M., & Rayudu, R. (2007) Preparation for lifelong learning using ePortfolios, European Journal of Engineering Education, 32 (6), 653- 663. https://doi.org/10.1080/03043790701520602

Hill, J., & Walkington, H. (2012, October). “One step closer to the real world”: Engaging students in authentic research dissemination beyond the curriculum. Paper presented at the Inter- national Society for the Scholarship of Teaching and Learning Conference, Hamilton, ON, Canada.

Hill, J., Walkington, H. & France, D. (2016) Graduate attributes: implications for higher education practice and policy: Introduction, Journal of Geography in Higher Education 40 (2):155-163 DOI: 10.1080/03098265.2016.1154932

Hojat M, Veloski J. J, Nasca T. J, Erdmann J. B. & Gonnella J. S. (2006) Assessing physicians’ orientation toward lifelong learning. Journal of General Internal Medicine 21, 931–936.

Kalogiannakis, M., Vassilakis, K., Alafodimos, C., Papadakis, C., Papachristos, D., & Zafeiri, E. (2009) Adult Education and Lifelong Learning. The case of GSAE (General Secretary for Adult Education) in Greece, International Journal of Advanced Corporate Learning, 2 (4), 15-20. Doi: 10.3391/ijac.v2i4.981

Kerangka Kelayakan Malaysia 2.0 (2017) https://www.mqa.gov.my/pv4/document/mqf/2019/Oct/updated%20MQF%20Ed%202%2024102019.pdf

Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., & Masia, B.B. (1964).  Taxonomy of Educational Objectives: The Classification of Educational Goals. Handbook II: Affective Domain.  New York: David MacKay Co.

Laal, M. & Salamati P. (2012) Lifelong learning; why do we need it? Social and Behavioral Sciences, 31, 399 – 403

Lindsey, R., Breen, R. & Jenkins, A. (2002) Academic research and teaching quality: The views of undergraduate and postgraduate students, Studies in Higher Education, 27 (3), 309-327

Magnell, M., Söderlind, J. & Geschwind, L. (2016) Teaching-research nexus in engineering education in Proceedings of the 12th International CDIO Conference, Turku University of Applied Sciences, Turku, Finland, June 12-16, 2016.

Parisi, G. I., Kemker, R., Part, J. L., Kanan, C., & Wermter, S. (2019). Continual lifelong learning with neural networks: A review. In Neural Networks. 117, 54-71 https://doi.org/10.1016/j.neunet.2019.01.012

Petrella, J. K. & Jung, A. (2008) Undergraduate research: Importance, benefits and challenges, International Journal of Exercise Science, 1 (3) Available at: https://digitalcommons.wku.edu/ijes/vol1/iss3/1

Shanahan, D. F., Fuller, R. A., Bush, R., Lin, B. B.. & Gaston, K. J.  (2015) The Health Benefits of Urban Nature: How Much Do We Need? BioScience, 65 (5), 476–485, https://doi.org/10.1093/biosci/biv032

Sproken-Smith R. & Walker, R. (2013) Can inquirybased learning strengthen the links between teaching and disciplinary research? Journal of Studies in Higher Education, 35 (6), 723-740. 

The Human Capital Report (2016) World Economic Forum http://www3.weforum.org/docs/HCR2016_Main_Report.pdf

Tight, M. (2016) Examining the research/teaching nexus.  European Journal of Higher Education, 6 (4), 293-311.  DOI: https://doi.org/10.1080/21568235.2016.1224674

Tuijnman, A. & Boström, A. K. (2002) Changing notions of lifelong education and lifelong learning, International Review of Education, 48, 93–110. https://doi.org/10.1023/A:1015601909731

Walkington, H. (2015). Students as Researchers: Supporting Undergraduate Research in the Discipline in Higher Education. Higher Education Academy. https://www.heacademy.ac.uk/system/files/resources/Students%20as%20researchers_1.pdf

Willcoxson, L., Cotter, J. & Joy, S. (2011) Beyond the first-year experience: The impact on attrition of student experiences throughout undergraduate degree studies in six diverse universities, Studies in Higher Education 36(3):331-352. DOI: 10.1080/03075070903581533

Willison, J. & O'Regan, K. (2007) Commonly known, commonly not known, totally unknown: A framework for students becoming

researchers, Higher Education Research and Development 26 (4):393-409 DOI: 10.1080/07294360701658609

Woezik, T. V., Kosma, J., Reuzel, R., Jaarsma, D., & Wilt, G. J. V. D. (2019) How to encourage a lifelong learner? The complex relation between learning strategies and assessment in a medical curriculum, Assessment & Evaluation in Higher Education, 45 (4) 513-526 World Bank (2018) World Bank Book: Chapter 4 Life Long Learning https://doi.org/10.1596/978-1-4648-1328-3_ch4

 

 

| PLO04 | PLO05 | PLO06 | PLO07

| PLO04 | PLO05 | PLO06 | PLO07 | PLO08 | PLO09 | PLO10 | PLO11 |


Copyright © 2012 Universiti Teknologi Malaysia

:: ::