:: FSSH Rubrikgen 2.0 ::
Pengenalan



xxx

PLO 8 KEPIMPINAN, AUTONOMI DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (LAR) / (LEADERSHIP, AUTONOMY AND RESPONSIBILITY)

 

 

DEFINISI  KONSEP

 

Kemahiran Kepimpinan, Autonomi Dan Kebertanggungjawaban berdasarkan;

 

MQF 2.0 (2017)

FSSH (2020)

Pascasiswazah

Demonstrate significant autonomy, independence, leadership, and interpersonal skills at work and class. Show substantial responsibility in planning, resource management, supervision and problem solving and managing work within own team and collaboratively with other teams especially in the context of complex application and unpredictable situations.

Menunjukkan autonomi, kepimpinan dan kebertanggungjawaban dalam menguruskan kerja kumpulan dalam konteks penyelesaian masalah

 

Display autonomy, leadership and responsibility in managing group work in the context of problem solving

Prasiswazah 

Work autonomously,and show leadership and professionalism in managing responsibilities within broad organizational parameters.

 

Meta analisis kandungan dijalankan terlebih dahulu bagi mengenal pasti dimensi pengukuran bagi kemahiran Kepimpinan, Autonomi dan Kebertanggungjawaban. Berdasarkan kajian literatur, terdapat lapan indikator utama yang didapati mengukur kemahiran interpersonal iaitu interaksi berkesan, kepintaran emosi, kerja berpasukan, pendengar aktif, asertif, kepimpinan, resolusi konflik, dan kompetensi budaya.  Namun bagi tujuan pembinaan rubrik PLO8 kemahiran Kepimpinan, Autonomi dan Kebertanggungjawaban, tiga indikator yang dipilih ialah Pendorong, Pengaruh dan Fikiran Strategik dan Berwawasan. Tiga indikator yang dipilih ini berfokus kepada kemahiran Kepimpinan dan Kebertanggungjawaban. Manakala di dapati terdapat indikator berkaitan dengan kemahiran Autonomi saling berkait dan lebih tepat menjadi deskripsi bagi bagi PLO11 iaitu Moral dan Etika. Berikut adalah tiga dimensi bagi PLO8.

 

 

Fikiran Strategik dan Berwawasan (FSW) - merujuk kepada kemampuan untuk berfikiran strategik untuk pencapaian matlamat dan mencipta wawasan yang berorientasikan masa hadapan.
 
Pengaruh (PGK) - merujuk kepada keupayaan pemimpin mempengaruhi dan memperoleh sokongan ahli untuk saling mempercayai serta menghormati keputusan.
 
Pendorong (PDK) - merujuk kepada inisiatif pemimpin untuk mendorong ahlinya membina hubungan baik dan bekerjasama dalam pelaksanaan tugasan serta penyelesaian masalah.
     

 

 

Jadual 15: Pemetaan Definisi Operasi PLO8 FSSH dengan Jangkaan Hasil dan Kriteria 

Tahap

Definisi Operasi FSSH

Jangkaan Hasil

Kriteria Rubrik

LAR1

 

Berpengetahuan tentang teori asas kepimpinan

 

Pelajar menunjukkan kebolehan berfikiran strategik untuk pencapaian matlamat dan mencipta wawasan yang berorientasikan masa hadapan. 

FSW1, FSW2, PGK1

LAR2

 

Kebolehan untuk memimpin projek

 

Pelajar menunjukkan kebolehan untuk mempengaruhi dan memperoleh sokongan ahli untuk saling mempercayai serta menghormati keputusan kumpulan bagi mencapai matlamat tugasan

PGK1, PGK2, PGK3, PDK2, PDK3

LAR3

 

Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan

Pelajar mempamerkan inisiatif sebagai pemimpin yang mampu untuk mendorong ahlinya membina hubungan baik dan bekerjasama dalam pelaksanaan tugasan serta penyelesaian masalah

FSW1, PDK1, PDK2, PDK3, PDK4

LAR4

 

Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan

 

Pelajar menunjukkan kebolehan untuk mempengaruhi dan memperoleh sokongan ahli untuk saling mempercayai serta menghormati keputusan kumpulan bagi mencapai matlamat tugasan

PDK1, PDK3, PGK1, PGK2, PGK3

 

 

9.1 Rubrik Pascasiswazah

 

KRITERIA

CEMERLANG [4]

 

PROFISIEN [3]

 

BAIK [2]

 

KURANG MEMUASKAN [1]

TIDAK MEMUASKAN [0]

FIKIRAN STRATEGIK DAN BERWAWASAN (FSW)

FSW1:

FIKIRAN STRATEGIK

 

Berkeyakinan untuk meneroka peluang dan membentuk strategi dengan menggunakan sumber sedia ada serta menganalisis risiko dan pencapaian matlamat yang diterjemahkan dalam bentuk tindakan 

Berkeyakinan untuk meneroka peluang dan membentuk strategi dengan menggunakan sumber sedia ada serta menganalisis risiko dan pencapaian matlamat

Keyakinan yang sederhana untuk meneroka peluang dan penggunaaan sumber dan sederhana dalam menganalisis risiko dan pencapaian matlamat

Kurang berkeyakinan untuk meneroka peluang dan penggunaaan sumber tanpa menganalisis risiko dan pencapaian matlamat

Tiada keyakinan untuk meneroka peluang dan penggunaaan sumber tanpa menganalisis risiko dan pencapaian matlamat

FSW2:

CIPTA WAWASAN

Berupaya menaakul dan menterjemah wawasan dengan sangat jelas menggunakan pelbagai pendekatan dan persediaan alternatif bagi menangani isu masa hadapan

Berupaya menaakul dan menterjemah wawasan dengan jelas menggunakan pelbagai pendekatan dan persediaan bagi menangani isu masa hadapan

 

Sederhana menaakul dan menterjemah wawasan serta ada persediaan terhadap isu semasa

Lemah menaakul dan kabur terhadap wawasan serta tiada persediaan terhadap isu semasa

Tidak berupaya untuk menaakul dan kabur terhadap wawasan serta tiada persediaan terhadap isu semasa

PENGARUH (PGK)

PGK1:

PENGARUH DAN SOKONGAN

 

Menunjukkan keupayaan yang sangat baik dalam mempengaruhi ahli dan memperoleh sokongan terhadap idea yang diutarakan dengan penuh keyakinan

Menunjukkan keupayaan yang baik dalam mempengaruhi ahli dan memperoleh sokongan terhadap idea yang diutarakan dengan penuh keyakinan

Sederhana dalam mempengaruhi ahli dan memperoleh sokongan sederhana  terhadap idea yang diutarakan

Lemah dalam mempengaruhi ahli dan kurang memperoleh sokongan  terhadap idea yang diutarakan

Gagal mempengaruhi ahli dan sokongan lemah terhadap idea yang diutarakan

PGK2:

SALING MEMPERCAYAI

Mempamerkan sikap saling mempercayai yang sangat tinggi dengan mengutamakan ketelusan dan amanah dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab

Mempamerkan sikap saling mempercayai yang tinggi dengan mengutamakan ketelusan dan amanah dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab

 

Sederhana dalam mempamerkan sikap saling mempercayai ketelusan dan bersikap acuh terhadap tugas dan tanggungjawab

 

Lemah dalam mempamerkan sikap saling mempercayai, kurang telus dan kurang acuh dengan tugas dan tanggungjawab

 

Tiada sikap saling mempercayai, tidak telus dan tidak acuh dengan tugas dan tanggungjawab

 

PGK3:

HORMATI KEPUTUSAN

 

Menunjukkan rasa hormat, menghargai pendapat dan keputusan ahli kumpulan serta dapat menangani konflik secara konstruktif dan kreatif

Menunjukkan rasa hormat, menghargai pendapat dan keputusan ahli kumpulan serta dapat menangani konflik

Sederhana dalam menunjukkan rasa hormat untuk menerima dan menghargai pendapat ahli kumpulan dan menangani konflik

Lemah dalam menunjukkan rasa hormat untuk menerima dan menghargai pendapat ahli kumpulan sehingga menimbulkan konflik

Tidak menunjukkan rasa hormat untuk menerima dan menghargai pendapat ahli kumpulan sehingga menimbulkan konflik

                                     PENDORONG (PDK)

PDK1:

INISIATIF PENDORONG PELAKSANAAN TUGASAN

 

Berupaya memulakan inisiatif, mengambil bahagian dan membuat tindakan secara kreatif dan tersendiri bagi mendorong dan menggerakkan ahli melaksanakan agihan tugasan sejajar dengan matlamat 

Berupaya memulakan inisiatif, mengambil bahagian dan membuat tindakan bagi mendorong dan menggerakkan ahli melaksanakan agihan tugasan sejajar dengan matlamat 

Menunjukkan keupayaan sederhana dalam memulakan  inisiatif atau mengambil bahagian atau membuat tindakan bagi mendorong ahli melaksanakan tugasan

Kurang berupaya memulakan inisiatif atau mengambil bahagian atau membuat tindakan dan kurang mendorong ahli melaksanakan tugasan

Tidak berupaya memulakan  inisiatif atau mengambil bahagian atau membuat tindakan bagi mendorong ahli melaksanakan tugasan

PDK2:

HUBUNGAN BAIK

 

 

Berupaya membina hubungan yang sangat baik, saling memahami dan berunding untuk mencapai permuafakatan dan faedah bersama

Berupaya membina hubungan yang baik, saling memahami dan berunding untuk mencapai permuafakatan dan faedah bersama

Menunjukkan keupayaan sederhana dalam membina hubungan baik kesefahaman yang sederhana dalam perundingan dan mementingkan diri 

Kurang berupaya membina hubungan baik dan kurang kesefahaman dalam perundingan dan mementingkan diri

Tidak berupaya membina hubungan baik, ketidaksefahaman dalam perundingan dan mementingkan diri

PDK3:

KERJASAMA

 

Menunjukkan keupayaan yang sangat baik dalam berkongsi tanggungjawab serta kerjasama dalam melaksanakan tugasan berpasukan

Menunjukkan keupayaan yang baik dalam berkongsi tanggungjawab serta kerjasama dalam melaksanakan tugasan  berpasukan

Menunjukkan keupayaan sederhana dalam berkongsi tanggungjawab untuk bekerja secara  berpasukan

Menunjukkan keupayaan yang lemah dalam berkongsi tanggungjawab untuk bekerja secara  berpasukan

Tidak menunjukkan keupayaan berkongsi tanggungjawab untuk bekerja secara  berpasukan

PDK4:

PENELITIAN SUMBER

Mempamerkan keupayaan yang sangat baik untuk meneliti sumber secara menyeluruh dan mencadangkan penyelesaian masalah yang sesuai dengan matlamat kumpulan

Mempamerkan keupayaan yang baik untuk meneliti sumber secara menyeluruh dan mencadangkan penyelesaian masalah yang sesuai dengan matlamat kumpulan

Mempamerkan penelitian sumber secara sederhana dan ketidaksesuaian terhadap cadangan penyelesaian masalah

Mempamerkan penelitian sumber yang lemah dan ketidaksesuaian terhadap cadangan penyelesaian masalah

Mempamerkan penelitian sumber terhad dan ketidaksesuaian terhadap cadangan penyelesaian masalah

*Level of Attainment (Orrell, J.,2003) Flinders University, Adelaide

** Pemberat bagi setiap kriteria bergantung kepada keperluan kursus. Cadangan bagi keseluruhan pemberat mengukur PLO adalah dalam julat 10-20%.

*** Cadangan 3 kriteria dipilih bagi setiap peringkat (LAR1) dalam sesuatu PLO

 

 

 

9.2 Rubrik Prasiswazah

 

KRITERIA

PROFISIEN [4]

BAIK [3]

MEMUASKAN [2]

KURANG MEMUASKAN [1]

TIDAK

MEMUASKAN [0]

FIKIRAN STRATEGIK DAN BERWAWASAN (FSW)

FSW1:

FIKIRAN STRATEGIK

 

Mempamerkan kesediaan meneroka peluang, menganalisis risiko dan membentuk strategi tindakan bagi mencapai matlamat 

Mempamerkan kesediaan meneroka peluang dan membentuk strategi tindakan bagi mencapai matlamat

Mempamerkan kesediaan membentuk strategi tindakan bagi mencapai matlamat

 

Kurang kesediaan membentuk strategi tindakan bagi mencapai matlamat

 

Tiada langsung bukti pemikiran strategik berlaku.

 

FSW2:

CIPTA WAWASAN

Memilih untuk mewujudkan wawasan menggunakan pelbagai pendekatan baru bagi menghadapi cabaran

Memilih untuk mewujudkan wawasan menggunakan pendekatan sedia ada bagi menghadapi cabaran

Memilih untuk mewujudkan wawasan bagi menghadapi cabaran

 

 

Kurang berwawasan sehingga menjejaskan tindakan bagi menghadapi cabaran

 

Tiada wawasan langsung

 

PENGARUH (PGK)

PGK1:

PENGARUH DAN SOKONGAN

 

Menunjukkan usaha yang sistematik dan konsisten ke arah mendapatkan pengaruh dan sokongan dari ahli kumpulan

Menunjukkan usaha yang konsisten ke arah mendapatkan pengaruh dan sokongan dari ahli kumpulan

 

Menunjukkan usaha ke arah mendapatkan pengaruh dan sokongan dari ahli kumpulan

 

Kurang berusaha ke arah mendapatkan pengaruh dan sokongan dari ahli kumpulan

 

Tiada usaha langsung untuk mempengaruhi ahli kumpulan

PGK2:

SALING MEMPERCAYAI

Menunjukkan usaha menanam kepercayaan, sifat akauntabiliti dan ketelusan dalam kalangan ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan

Menunjukkan usaha menanam kepercayaan dan sifat akauntabiliti dalam kalangan ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan

Menunjukkan usaha menanam kepercayaan dalam kalangan ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan

 

Kurang usaha menanam kepercayaan dalam kalangan ahli kumpulan menyebabkan penyediaan tugasan terjejas

 

Tiada usaha dalam menananm kepercayaan antara ahli kumpulan

PGK3:

HORMATI KEPUTUSAN

 

Menunjukkan kesediaan menerima dan menghormati semua keputusan yang dibuat secara kolektif

 

 

Menunjukkan kesediaan menghormati semua keputusan yang dibuat secara kolektif

 

Menunjukkan kesediaan menerima sebahagian dari keputusan yang dibuat secara kolektif

 

Kurang kesediaan menerima keputusan yang dibuat secara kolektif

 

Tidak menghormati keputusan kumpulan

                                     PENDORONG (PDK)

 

PDK1:

INISIATIF PENDORONG PELAKSANAAN TUGASAN

 

Menunjukkan inisiatif dalam pembahagian tugas secara adil melalui perbincangan kumpulan dan jadual tugas yang sistematik

Menunjukkan inisiatif dalam pembahagian tugas secara adil melalui perbincangan kumpulan

 

Menunjukkan inisiatif dalam pembahagian tugas kepada semua ahli kumpulan

 

Kurang inisiatif dalam pembahagian tugas; terdapat ahli merasa terbeban.

Tidak menunjukkan inisiatif pendorong langsung

PDK2:

HUBUNGAN BAIK

 

 

Memilih untuk menjalinkan hubungan baik, saling berunding dan saling memahami

Memilih untuk menjalinkan hubungan baik dan saling memahami

Memilih untuk menjalinkan hubungan baik

 

Kurang menjalinkan hubungan baik

 

 

Tidak menjalinkan hubungan langsung.

PDK3:

KERJASAMA

 

Menunjukkan pemupukan sifat kerjasama dan pembinaan jalinan (kolaborasi) yang kukuh antara ahli

Menunjukkan pemupukan sifat kerjasama dan pembinaan jalinan antara ahli

 

Menunjukkan pemupukan sifat kerjasama antara ahli

 

Kurang menunjukkan pemupukan sifat kerjasama antara ahli

 

Tiada langsung pemupukan sifat kerjasama.

PDK4:

PENELITIAN SUMBER

Menunjukkan inisiatif penggunaan sumber yang optimum dan berhemah bersesuaian keperluan tugasan

 

Menunjukkan inisiatif penggunaan sumber yang optimum bersesuaian dengan keperluan tugasan

Menunjukkan inisiatif penggunaan sumber yang bersesuaian dengan keperluan tugasan

Kurang optimum dan tidak berhemah dalam penggunaan sumber

Tidak inisiatif penggunaan  sumber secara optimum / berhemah

*Level of Attainment (Orrell, J.,2003) Flinders University, Adelaide

** Pemberat bagi setiap kriteria bergantung kepada keperluan kursus. Cadangan bagi keseluruhan pemberat mengukur PLO adalah dalam julat 10-20%.

*** Cadangan 3 kriteria dipilih bagi setiap peringkat (LAR1) dalam sesuatu PLO

 

 

9.3 Rujukan

 

Day, D. V. (2000). Leadership development: A review in context. The Leadership Quarterly, 11(4), 581–613.

Jokinen, T. (2005). Global leadership competencies: a review and discussion. Journal of European industrial training29(3), 199-216.

Mumford, T. V., Campion, M. A., & Morgeson, F. P. (2007). The leadership skills strataplex: Leadership skill requirements across organizational levels. The Leadership Quarterly18(2), 154-166.

Day, D. V., Fleenor, J. W., Atwater, L. E., Sturm, R. E., & McKee, R. A. (2014). Advances in leader and leadership development: A review of 25 years of research and theory. The leadership quarterly25(1), 63-82.

Anderson, M. H., & Sun, P. Y. (2017). Reviewing leadership styles: Overlaps and the need for a new ‘fullrange’theory. International Journal of Management Reviews19(1), 76-96.

Stashevsky, S., Burke, R., Carmeli, A., Meitar, R., & Weisberg, J. (2006). Selfleadership skills and innovative behavior at work. International journal of manpower.

 

 

| PLO04 | PLO05 | PLO06 | PLO07

| PLO04 | PLO05 | PLO06 | PLO07 | PLO08 | PLO09 | PLO10 | PLO11 |


Copyright © 2012 Universiti Teknologi Malaysia

:: ::