:: FSSH Rubrikgen 2.0 ::
Pengenalan



xxx

PLO 4 KEMAHIRAN INTERPERSONAL (IPS) / (INTERPERSONAL SKILLS)

 

 

DEFINISI  KONSEP
 

Kemahiran Interpersonal berdasarkan;    

 

MQF 2.0 (2017)

FSSH (2020)

Pascasiswazah

Work together and collaboratively with different people in learning and working communities and other groups and networks, ethically and professionally.

 

Mempamerkan interaksi berkesan dan kemahiran berpasukan dalam komuniti pembelajaran dan pekerjaan serta kumpulan dan jaringan lain secara beretika dan profesional

 

Display effective interaction and team working skills in learning and working communities as well as other groups

and networks, ethically and professionally

 

 

Prasiswazah 

Work together with different people in diverse learning and working communities as well as other groups locally and internationally

 

Meta analisis kandungan dijalankan terlebih dahulu bagi mengenal pasti indikator pengukuran bagi kemahiran interpersonal. Berdasarkan kajian literatur, terdapat lapan indikator utama yang didapati mengukur kemahiran interpersonal iaitu interaksi berkesan, kepintaran emosi, kerja berpasukan, pendengar aktif, asertif, kepimpinan, resolusi konflik, dan kompetensi budaya.  Namun bagi tujuan pembinaan rubrik PLO4 kemahiran interpersonal, tiga indikator yang dipilih ialah interaksi berkesan, kepintaran emosi, dan kerja berpasukan. Ini kerana indikator pendengar aktif dilihat lebih tepat bagi PLO5 iaitu komunikasi, manakala indikator resolusi konflik pula dianggap mempunyai konotasi negatif dan oleh itu kurang sesuai bagi konteks pendidikan. Tiga indikator tersebut adalah;

 

 Interaksi Berkesan (KIB) - merujuk kepada komunikasi dua hala antara dua atau lebih individu bagai mencapai sesuatu tujuan
 
 Kepintaran Emosi (KKE) - ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang untuk mengawal perasaan agar tindakan tidak dipengaruhi oleh perasaan.
 
 Kerja Berpasukan (KKB) - merujuk kepada kebolehan ahli pasukan untuk bekerja bersama dengan ahli pasukan yang lain kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan, menjangka keperluan ahli pasukan, menyuntik keyakinan, dan memimpin ahli pasukan ke arah pencapaian matlamat bersama
     

 

 

Jadual 11: Pemetaan Definisi Operasi PLO4 FSSH dengan Jangkaan Hasil dan Kriteria Rubrik

Tahap

Definisi Operasi FSSH

Jangkaan Hasil

Kriteria Rubrik

IPS1

Kebolehan membina hubungan yang baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama

Pelajar dapat mempamerkan kemahiran komunikasi yang berkesan dalam membuat perbincangan di dalam kumpulan. 

KIB1, KKB1, KKE5

IPS2

Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan

Pelajar dapat memainkan peranan sebagai ketua/ ahli pasukan yang mengamalkan sikap kolaborasi dan dorongan tinggi.

KIB1, KKE3, KKB3

IPS3

Kebolehan untuk mengenal dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain

Pelajar mampu menyelesaikan isu / masalah dalam tugasan kumpulan berdasarkan rasa hormat, menerima pandangan ahli lain dan pengalaman berbeza.

KIB2, KKE4, KKB4

IPS4

Kebolehan untuk memberikan sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan

Pelajar dapat menghasilkan hasil kerja yang memenuhi kriteria dan menepati jangkaan yang ditetapkan.

KIB3, KKE1, KKB2

1PS5

Bertanggung jawab terhadap keputusan kumpulan

Pelajar mampu menyiapkan tugasan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

KKB1, KKE2, KKB5

 

 

5.1 Rubrik Pascasiswazah

 

KRITERIA

CEMERLANG [4]

PROFISIEN [3]

BAIK [2]

KURANG MEMUASKAN [1]

TIDAK

MEMUASKAN [0]

INTERAKSI BERKESAN (KIB)

KIB 1:

KOMUNIKASI DUA HALA 

 

Bertukar-tukar maklumat dan saling memahami maklumat yang disampaikan

Bertukar-tukar maklumat dan memahami sebahagian besar maklumat yang disampaikan

Bertukar-tukar maklumat dan memahami sedikit maklumat yang disampaikan

Bertukar-tukar maklumat dan tidak memahami maklumat yang disampaikan

Tiada pertukaran maklumat berlaku

 

KIB 2:

MENDENGAR SECARA AKTIF

 

Mendengar secara menyeluruh dan teliti tanpa bersikap prasangka atau membuat penilaian awal langsung terhadap ahli lain.

Mendengar secara teliti tanpa bersikap prasangka atau membuat penilaian awal langsung terhadap ahli lain.

Mendengar tanpa bersikap prasangka atau tidak membuat penilaian awal langsung terhadap ahli lain.

Mendengar, tetapi kadangkala mempamerkan sikap berprasangka atau membuat penilaian awal  terhadap orang lain.

Tidak mendengar langsung.

 

KIB 3:

HORMAT-MENGHORMATI

 

 

Merasai dan menunjukkan minat terhadap semua pendapat, pengalaman dan kebolehan ahli lain yang berbeza

Menunjukkan minat terhadap semua pendapat, pengalaman dan kebolehan ahli lain yang berbeza

Menunjukkan minat terhadap pendapat, pengalaman dan kebolehan ahli lain yang berbeza

 

Menunjukkan minat terhadap sebahagian pendapat, pengalaman dan kebolehan ahli lain yang berbeza

Tidak menunjukkan minat

 

KEPINTARAN EMOSI (KKE)

KKE 1:

EMPATI

 

Mendengar secara aktif terhadap perkara yang dibincangkan dengan memahami sepenuhnya perasaan dan pemikiran ahli lain

Mendengar terhadap perkara yang dibincangkan dan memberi tumpuan terhadap perasaan dan pemikiran ahli lain.

 

Mendengar terhadap perkara yang dibincangkan dan kurang memberi tumpuan terhadap perasaan dan pemikiran ahli lain.

Mendengar terhadap perkara yang dibincangkan, tetapi tidak memberikan tumpuan terhadap perasaan dan pemikiran ahli lain.

Tidak mendengar secara aktif dan tidak memahami langsung perasaan dan pemikiran orang lain.

KKE 2:

MOTIVASI KENDIRI

 

Melakukan sesuatu kerja berkumpulan dengan cemerlang serta menunjukkan kemajuan yang konsisten dan memberangsangkan

Melakukan sesuatu kerja berkumpulan dengan baik serta menunjukkan kemajuan yang konsisten

Melakukan sesuatu kerja berkumpulan dengan baik serta menunjukkan kemajuan yang kurang konsisten

Melakukan sesuatu kerja berkumpulan dengan menunjukkan kemajuan yang tidak konsisten dan agak perlahan.

Tidak menunjukkan sebarang kemajuan langsung.

KKE 3:

KESEDARAN KENDIRI

Mempunyai dorongan dan keyakinan diri yang tinggi untuk mengatasi semua cabaran dalam menyelesaikan tugasan

Mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk mengatasi semua cabaran dalam menyelesaikan tugasan

Mempunyai keyakinan diri untuk mengatasi cabaran dalam menyelesaikan tugasan

 

Mempunyai keyakinan diri yang rendah untuk mengatasi cabaran dalam menyelesaikan tugasan

 

Tidak mempunyai dorongan dan keyakinan diri.

 

 

KKE 4:

PENGURUSAN KENDIRI

 

Mempamerkan kemampuan yang tinggi untuk mengawal emosi secara baik, berdisiplin dan berdaya usaha semasa kerja berkumpulan.

Mempamerkan kemampuan untuk mengawal emosi secara baik, berdisiplin dan berdaya usaha semasa kerja berkumpulan.

Mempamerkan kemampuan untuk berdisiplin dan berdaya usaha semasa kerja berkumpulan.

Mempamerkan kemampuan untuk berdisiplin semasa kerja berkumpulan.

 

Tidak mempamerkan kemampuan untuk mengawal emosi.

KKE 5:

KEMAHIRAN SOSIAL

 

Menunjukkan kemampuan untuk bergaul dengan semua ahli yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza secara sihat.

Menunjukkan kemampuan untuk bergaul dengan ahli yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza secara sihat.

 

Menunjukkan kemampuan untuk bergaul dengan sebahagian ahli yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza secara sihat.

Menunjukkan kemampuan untuk bergaul dengan ahli kumpulan yang mempunyai latar belakang yang sama sahaja.

Tidak menunjukkan kemampuan untuk bergaul dengan semua ahli.

 

KERJA BERPASUKAN (KKB)

KKB 1:

PEMBINAAN HUBUNGAN

 

Berinteraksi secara terbuka, saling mempercayai dan tidak berasa ragu-ragu terhadap ahli kumpulan

Berinteraksi secara terbuka dan saling mempercayai ahli kumpulan

Saling mempercayai ahli kumpulan

Berasa ragu-ragu dan kurang mempercayai ahli kumpulan

Tidak mengamalkan interaksi terbuka

KKB 2:

PEMBUATAN KEPUTUSAN

 

 

Menyelesaikan sesuatu tugasan berkumpulan sepenuhnya selepas berjaya mengenal pasti alternatif secara rasional dan jelas

Menyelesaikan sesuatu tugasan berkumpulan selepas berjaya mengenal pasti alternatif secara rasional dan jelas

 

Menyelesaikan sesuatu tugasan berkumpulan selepas berjaya mengenal pasti alternatif

Menyelesaikan sesuatu tugasan berkumpulan tetapi tidak berjaya mengenal pasti alternatif

Tidak menyelesaikan tugasan

KKB 3:

KOLABORASI

 

 

Mempamerkan sikap bekerjasama dan menghormati semua ahli lain sekalipun terdapat perbezaan pendapat semasa menyelesaikan tugasan berkumpulan

Mempamerkan sikap bekerjasama dan menghormati sebahagian ahli lain yang berbeza pendapat semasa menyelesaikan tugasan berkumpulan

Mempamerkan sikap bekerjasama dan menghormati ahli lain yang mempunyai pendapat yang sama semasa menyelesaikan tugasan berkumpulan

Mempamerkan sikap bekerjasama semasa menyelesaikan tugasan berkumpulan

 

 

Tidak mempamerkan sikap bekerjasama

 

KKB 4:

KOMITMEN

 

Mempamerkan sikap bekerjasama yang erat dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan tugasan berkumpulan secara bersama

Mempamerkan sikap bekerjasama dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan tugasan berkumpulan secara bersama

 

 

Mempamerkan sikap bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan berkumpulan secara bersama

Mempamerkan sikap bekerjasama tetapi tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan sesuatu tugasan berkumpulan

Mempamerkan sikap tidak peduli dan tidak bersungguh-sungguh

KKB 5:

TANGGUNG JAWAB

 

Melaksanakan tugasan berkumpulan yang diberikan secara betul, jujur dan akauntabiliti

Melaksanakan tugasan berkumpulan yang diberikan dengan akauntabiliti

 

Melaksanakan tugasan berkumpulan yang diberikan

Melaksanakan tugasan berkumpulan yang diberikan tetapi tidak secara betul dan jujur

Tidak melaksanakan tugasan yang diberikan

             

*Level of Attainment (Orrell, J.,2003) Flinders University, Adelaide

** Pemberat bagi setiap kriteria bergantung kepada keperluan kursus. Cadangan bagi keseluruhan pemberat mengukur PLO adalah dalam julat 10-20%.

*** Cadangan sekurang-kurangnya 3 kriteria dipilih bagi setiap peringkat (cth: IPS1) bagi pengukuran PLO

 

5.2 Rubrik Prasiswazah

 

KRITERIA

PROFISIEN [4]

BAIK [3]

MEMUASKAN [2]

KURANG MEMUASKAN [1]

TIDAK

MEMUASKAN [0]

INTERAKSI BERKESAN (KIB)

KIB 1:

KOMUNIKASI DUA HALA 

Mempamerkan kesediaan berinteraksi secara dua hala dengan yakin dan ceria

Mempamerkan kesediaan berinteraksi secara dua hala dengan yakin 

Mempamerkan kesediaan berinteraksi secara dua hala tetapi kurang yakin

Kurang kesediaan untuk berinteraksi secara dua hala

Tiada langsung berlaku interaksi.

 

KIB 2:

MENDENGAR SECARA AKTIF

 

Menunjukkan ketelitian mendengar secara aktif sepanjang proses interaksi

Menunjukkan ketelitian mendengar sepanjang proses interaksi

Menunjukkan ketelitian mendengar pada sebahagian besar proses interaksi

Menunjukkan kurang ketelitian mendengar sepanjang proses interaksi

Tidak mendengar langsung

 

KIB 3:

HORMAT-MENGHORMATI

 

 

Menunjukkan rasa hormat menghormati dan menerima pendapat dan kebolehan setiap ahli kumpulan

Menunjukkan rasa hormat menghormati terhadap pendapat setiap ahli kumpulan

Menunjukkan rasa hormat menghormati pada sebilangan besar ahli kumpulan

Menunjukkan rasa kurang hormat kepada sebilangan besar ahli kumpulan

Tidak hormat kepada semua ahli kumpulan

 

KEPINTARAN EMOSI (KKE)

KKE 1:

EMPATI

 

Mempamerkan perasaan memahami secara mendalam seolah-olah dapat menyelami pemikiran / perasaan orang lain

Mempamerkan perasaan memahami seolah-olah dapat menyelami pemikiran/perasaan orang lain

Mempamerkan perasaan memahami pada sebahagian pemikiran/perasaan orang lain

Kurang mempamerkan perasaan memahami pada pemikiran/perasaan orang lain

 

Tidak langsung mempamerkan perasaan memahami.

KKE 2:

MOTIVASI KENDIRI

 

Memilih untuk memajukan diri melalui usaha yang konsisten dan bermatlamat

Memilih untuk memajukan diri melalui usaha yang konsisten

 

Memilih untuk memajukan diri tetapi usaha kurang konsisten.

 

Memilih untuk memajukan diri tetapi matlamat tidak jelas

 

Tidak memilih untuk memajukan diri

KKE 3: KESEDARAN KENDIRI

Mempamerkan kesedaran terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sempurna dan berkualiti

Mempamerkan kesedaran terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sempurna

Mempamerkan kesedaran terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakan

Kurang kesedaran terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakan

Tidak langsung wujud kesedaran melaksanakan tanggungjawab

KKE 4:

PENGURUSAN KENDIRI

 

Mempamerkan kemampuan yang tinggi untuk mengawal emosi secara baik dan berdisiplin

Mempamerkan kemampuan untuk mengawal emosi secara berdisiplin

Mempamerkan kemampuan untuk berdisiplin

Kurang mempamerkan kemampuan untuk berdisiplin

Tidak berdisiplin langsung

KKE 5:

KEMAHIRAN SOSIAL

 

Meneladani gaya interaksi sosial yang sihat, beretika dan sesuai dengan konteks

 

Meneladani gaya interaksi sosial yang sihat dan sesuai dengan konteks

 

Meneladani gaya interaksi sosial yang sesuai dengan konteks

 

Meneladani gaya interaksi sosial yang tidak sihat / tidak sesuai dengan konteks

Gaya interaksi sosial di luar norma

 

 

KERJA BERPASUKAN (KKB)

KKB 1:

PEMBINAAN HUBUNGAN

 

Mempamerkan usaha membina hubungan berdasarkan saling percaya mempercayai dan berfikiran terbuka

Mempamerkan usaha membina hubungan berdasarkan saling percaya mempercayai

 

Mempamerkan usaha membina hubungan

Kurang usaha untuk membina hubungan

 

Tiada usaha langsung untuk membina hubungan

KKB 2:

MEMBUAT KEPUTUSAN

 

 

Menjelaskan langkah-langkah dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan secara terperinci, rasional dan berjustifikasi

Menjelaskan langkah-langkah dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan secara terperinci dan berjustifikasi

Menjelaskan langkah-langkah dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan secara terperinci

Kurang penjelasan terhadap langkah-langkah dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan

Tiada penjelasan diberikan

KKB 3:

KOLABORASI

 

 

Mempamerkan sikap bekerjasama dan memperteguh jalinan antara ahli dalam kumpulan

Mempamerkan sikap bekerjasama antara ahli dalam kumpulan

Mempamerkan sikap bekerjasama pada sebahagian ahli kumpulan

Kurang kerjasama antara ahli kumpulan

Tidak langsung mempamerkan sikap kerjasama.

 

KKB 4:

KOMITMEN

 

Menunjukkan inisiatif dan kesungguhan yang tinggi dalam melaksanakan tugasan

Menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam melaksanakan tugasan

Menunjukkan kesungguhan dalam melaksanankan tugasan

 

Kurang inisiatif dan tidak bersungguh dalam melaksanakan tugasan

 

Tiada inisiatif langsung ke arah melaksanakan tugasan

 

KKB 5:

TANGGUNG JAWAB

 

Mempamerkan sifat perihatin, bertanggungjawab dan kebertanggungjawaban

Mempamerkan sifat bertanggungjawab dan kebertanggungjawaban 

Mempamerkan sifat bertanggungjawab 

Kurang bertanggungjawab sehingg menjejaskan prestasi

Tidak bertanggungjawab langsung

               

*Level of Attainment (Orrell, J.,2003) Flinders University, Adelaide

** Pemberat bagi setiap kriteria bergantung kepada keperluan kursus. Cadangan bagi keseluruhan pemberat mengukur PLO adalah dalam julat 10-20%.

*** Cadangan sekurang-kurangnya 3 kriteria dipilih bagi setiap peringkat (cth: IPS1) bagi pengukuran PLO

 

5.4 Rujukan

 

American Heritage Dictionaries of the English Language (2006). Houghton Mifflin Company.

Berge, Z.L. (1999). Interaction in postsecondary web-based learning. Educational technology. 39(1),5-11

Cariaga, V. (1998). Grades take back seat in evaluating job candidates. Charlotte Business Journal, 13(17), 30–33.

Chang, M. (2004, July). Why some graduates are more marketable than others: Employers’ perspective. Paper presented in a Workshop on Enhancing Graduate Employability in a Globalised Economy, Economic Planning Unit, Malaysia.

Dickinson, M. (2000). Giving undergraduates managerial experience [Electronic version]. Education and Training, 42, (2/30), 159-169.

Erdem, F., Ozen, J., & Atsan, N. (2003). The relationship between trust and team performance. Work Study: A Journal of Productivity Science, 52(6-7), 337–340.

Finch, D., Hamilton, L., Baldwin, R. and Zehner, M. (2013). An Exploratory Study of Factors Affecting Undergraduate Employability. Education+ Training, 55 (7), pp. 5.

Foutty, J. (2019). Aspire to lead in industry 4.0. Hone your soft skills. The Wall Street Journal. https://deloitte.wsj.com/riskandcompliance/2019/01/23/aspire-to-lead-in-industry-4-0-hone-your-soft-skills/ 

Goleman, D. (1995). Emotional intelligence: Why it can matter more than IQ New York: Bantam Dell.

Goleman, D., Boyatzis, R., & McKee, A. (2002). Primal leadership: Realizing the power        of emotional intelligence. Boston: Harvard Business School Press.

Hybels, S., & Weaver, R.L.  (2015).  Communicating effectively. 11edition. McGraw Hill.

Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., & Masia, B.B. (1964).  Taxonomy of Educational Objectives: The Classification of Educational Goals. Handbook II: Affective Domain.  New York: David MacKay Co.

Lawrence, T. (2002). Teaching and assessing employability skills through skills in USA. Annual Quality Congress Proceedings, ABI/INFORM Global, 56, 285-294.

McCormick, J. (1999). Inside the admissions game. Newsweek, 133(14), 54–61.

Nurita, Shaharudin and Ainon (2004). Perceived employability skills of graduating students: Implications for SMEs.

Platt, M. L. & Huettel, S. A. 2008. Risky business: the neuroeconomics of decision making under uncertainty. Nat. Neurosci. 11, 398–403.

Ranasinghe, A. (2011). Employer Satisfaction towards Business Graduates in Sri Lanka, 5, 185– 189.

Salas E, Cannon-Bowers JA. Teamwork and team training. In: Smelser NJ, Baltes PB, eds. International Encyclopedia of the Social and Behavioral Sciences. Oxford, England: Elsevier Science; 2001;15,487-5,492.

Subin, R.S.; Bommer, W.H.; Baldwin, T.T. (2002). Using extracurricular activity as an indicator of interpersonal skill: Prudent evaluation or recruiting malpractice? Human Resource Management. 41(4), pp. 441-454

Shockley-Zalabak, P., Ellis, K., & Winograd, G. (2000). Organizational trust: What it means, why it matters. Organization Development Journal, 18(4), 35–48.

Wang, Y. & Ruhe, G. (2007). The cognitive process of decision making. Cognitive Info. Nat. Intel 1, 73–85.

Yudkowsky, R. Downing, S.M. & Ommert, D. (2006). Prior experiences associated with residents’ scores on a communiation and interpersonal skill OSCE. Patient Education and Counseling, 62, pp. 368-373

 

 

                  

 
| PLO04 | PLO05 | PLO06 | PLO07

| PLO04 | PLO05 | PLO06 | PLO07 | PLO08 | PLO09 | PLO10 | PLO11 |


Copyright © 2012 Universiti Teknologi Malaysia

:: ::