PLO5 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)/
(COMMUNICATION SKILLS)
1.0
DEFINISI KONSEP
Kemahiran Komunikasi berdasarkan;
MQF 2.0 (2017) |
FSSH (2020) |
Pascasiswazah |
The ability to communicate/convey
information/ideas/reports cogently and
professionally in appropriate language; the
communication must be effective and in
appropriate forms, in various medium, to a range
of audience and different situations.
Communication skills also apply to communicating
in more than one language. |
Menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan idea
secara berkesan melalui pelbagai kaedah kepada
rakan sebaya, komuniti ilmiah dan masyarakat
Communicate knowledge, skills and ideas
effectively using appropriate methods to peers,
scholarly communities, and societies
|
Prasiswazah |
Convey ideas both in written or oral forms using
appropriate and different forms of presentation,
confidently, accurately and coherently in
appropriate context in a well-structured manner
to a diversity
of audiences. |
Secara konseptual,
Kemahiran Komunikasi (PLO5 dalam MQF 2.0) merujuk kepada
proses perkongsian maklumat,
pengalaman, dan kemahiran secara sehala, dua hala atau
pelbagai hala. Terdapat beberapa komponen yang sangat
penting dalam proses komunikasi berkesan iaitu komponen
penyampai maklumat yang ingin berkongsi maklumat,
komponen pendengar yang menerima maklumat yang
disampaikan, dan komponen medium atau saluran bagaimana
komunikasi tersebut berlangsung. Sekiranya salah satu
komponen tidak berfungsi maka ia akan menjejaskan proses
komunikasi yang dibentuk. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran, proses komunikasi perlu dikuasai oleh
setiap pelajar kerana ia melibatkan bagaimana
perkongsian maklumat, pengetahuan dan kemahiran dikongsi
dan disampaikan kepada pihak lain. Ini merupakan
indikator penguasaan sesuatu kursus yang diikuti oleh
pelajar. Sesuai seperti yang dinyatakan dalam Atribut
Siswazah UTM (2017), atribut kemahiran komunikasi
merupakan atribut yang bertindak sebagai hasil
pembelajaran yang diharapkan daripada semua graduan.
Bagi tujuan pembinaan rubrik PLO5 Kemahiran Komunikasi,
lima indikator yang dipilih ialah
Kemahiran Lisan, Kemahiran Menulis, Kemahiran Bukan
Lisan, Kemahiran Mendengar Aktif dan Kemahiran Visual
Efektif. Berikut adalah lima indikator/dimensi bagi
PLO5:
Kemahiran Lisan (KKL)
|
- |
merujuk kepada kemahiran menyampai, membincang dan
memberi maklumbalas terhadap idea dan maklumat dengan
sebutan, intonasi dan bahasa dengan berkesan
|
Kemahiran Menulis (KKM) |
- |
merujuk kepada kemahiran menyampaikan idea dan maklumat
melalui penyusunan bahasa penulisan yang difahami oleh
audien
|
Kemahiran Bukan Lisan (KBL) |
- |
merujuk kepada keupayaan
penyampaian maklumat melalui bahasa tubuh serta
lain-lain medium tanpa suara |
Kemahiran Mendengar Aktif (KMA) |
|
merujuk kepada keupayaan mendengar dan memberi
maklumbalas terhadap idea-idea yang terhasil dalam sesi
perbincangan
|
Kemahiran Visual Efektif (KVE)
|
|
merujuk kepada keupayaan mengintegrasi pengunaan alat/media/bahan
dalam proses penyampaian maklumat kepada audien
|
Setelah melalui proses meta analisis kandungan hasil
sorotan literatur bagi menghasilkan definisi konsep,
Jadual 12 dihasilkan bagi menunjukkan pemetaan definisi
operasi PLO5 (MQF 2.0) Kemahiran Insaniah (KI) bagi
peringkat pascasiswazah dan Atribut Graduan (AG) bagi
prasiswazah. Tujuan pemetaan ini adalah untuk menjitukan
kriteria yang dipilih bagi mengukur PLO5 di kedua-dua
peringkat pengajian. Dengan ini, pentaksiran formatif/
sumatif pembelajaran diharapkan dapat dilaksanakan
dengan lebih tepat dan konsisten bagi mengukur konstruk
Kemahiran Komunikasi seperti mana yang telah
diperincikan dalam rubrik pentaksiran dengan cadangan
kriteria bagi setiap satu.
Jadual 12: Pemetaan Definisi Operasi PLO5 FSSH dengan
Jangkaan Hasil dan Kriteria
Tahap |
Definisi Operasi FSSH |
Jangkaan Hasil |
Kriteria Rubrik |
CS1
|
Kebolehan menyampaikan maklumat/ idea dengan
jelas dan berkesan, secara lisan dan bertulis. |
Pelajar dapat menghasilkan hasil kerja bertulis
/ laporan yang jelas, sistematik dan
berkesinambungan atau melaksanakan pembentangan
disertakan dengan bahan pembentangan yang
efektif dengan penyampaian isi yang terang,
nyata dan dapat difahami dengan mudah. |
KKL1, KKL2, KKL3, KKL4
KKM1, KKM2, KKM3 |
CS2
|
Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang
aktif dan memberikan maklum balas |
Pelajar berpeluang mengaplikasi kemahiran
mendengar yang aktif dan memberi maklum balas
melalui sesi soal jawab dengan menunjukkan
kemampuan untuk memahami soalan yang diaju dan
menjawab dengan tepat. |
KMA1, KMA2, KMA3 |
CS3
|
Kebolehan membuat pembentangan dengan jelas dan
bersesuaian dengan tahap pendengar |
Pelajar mampu merancang pembentangan dengan baik
termasuklah menyediakan buku catatan, audio
visual dan menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran dan mempelbagaikan bahan media atau
alat bantu ketika membentang serta memantau
kemajuan dan kefahaman rakan-rakan mereka dengan
pelbagai cara sama ada penyoalan atau kuiz
bertulis. |
KKL1, KKL2, KKL3, KKL4
KBL1, KBL2 |
CS4
|
Kebolehan menggunakan aplikasi komputer/
integrasi Teknologi Multimedia Kreatif (TMK)
melalui pelbagai alat multimedia dalam
pembentangan |
Pelajar mampu menunjukkan kemahiran menggunakan
teknologi dan alat multimedia sewaktu
pembentangan di samping bahan pengajaran yang
sedia ada bagi meningkatkan mutu pembentangan
dan mempelbagaikan penyampaian. Bahan-bahan
multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan
menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik,
video serta animasi yang membantu mengukuhkan
lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.
Pelajar menunjukkan kemahiran menggunakan
internet dalam menyediakan sumber untuk
meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan
serta penyelidikan yang berkaitan. |
KVE1, KVE2, KVE3, KVE4 |
CS5
|
Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan |
Pelajar mampu menyelesaikan isu / masalah dalam
bidang pengetahuan yang dipelajari / kehidupan
secara amnya dengan mengutarakan hujah-hujah
yang kukuh dan bersesuaian dengan harmoni dan
mampu mencapai persetujuan antara pihak-pihak
yang terlibat. |
KMA1, KMA2, KMA3 |
CS6
|
Kebolehan berkomunikasi dengan individu lain
yang berlainan budaya dan latar belakang |
Pelajar mampu berkomunikasi dengan baik bersama
peserta yang mempunyai budaya dan latar belakang
berlainan. |
KKL1, KKL2, KKL3, KKL4
KMA1, KMA2, KMA3 |
CS7
|
Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi
secara perseorangan atau menggunakan bahasa
ketiga dalam komunikasi seharian |
Pelajar mampu mengembangkan komunikasi secara
perseorangan seperti menggunakan kemahiran
bahasa ketiga dalam komunikasi seharian. |
KKL1, KKL2, KKL3, KKL4
|
CS8
|
Berkemahiran dalam menggunakan kemahiran bukan
lisan / isyarat tangan
/ bahasa badan
|
Pelajar menunjukkan kebolehan dalam melaksanakan
proses komunikasi melalui menghantar dan
menerima maklumat tanpa perkataan (kebanyakannya
menggunakan isyarat visual) antara manusia.
|
KBL1, KBL2, KMA1 |
6.2
Rubrik Pascasiswazah
KRITERIA |
CEMERLANG [4] |
PROFISIEN [3] |
BAIK [2] |
KURANG MEMUASKAN [1] |
TIDAK
MEMUASKAN [0] |
KEMAHIRAN LISAN (KKL) |
KKL1:
SUARA DAN SEBUTAN |
Senang didengar
dan menyebut dengan baik dan jelas secara
sangat konsisten. |
Senang didengar
dan menyebut dengan baik dan jelas secara
konsisten. |
Kadang-kadang senang didengar
dan kadang-kadang menyebut dengan baik dan
jelas; tidak konsisten. |
Sukar didengar
dan tidak menyebut dengan baik dan jelas. |
Sangat sukar didengar
dan tidak menyebut dengan baik dan jelas. |
KKL2:
KELAJUAN UCAPAN
|
Kadar pertuturan yang sangat konsisten
dan sesuai |
Kadar pertuturan yang konsisten dan sesuai |
Kadar pertuturan yang berbeza-beza / tidak
konsisten sepanjang pembentangan |
Bercakap terlalu perlahan / terlalu
laju; audien terganggu |
Kadar pertuturan tidak konsisten;
audien sangat terganggu |
KKL3:
INTERAKSI |
Mewujudkan interaksi terhadap soalan dan
komen daripada audien secara konsisten
dengan memberi justifikasi yang tepat beserta
contoh |
Mewujudkan interaksi terhadap soalan dan
komen daripada audien secara konsisten
dengan memberi justifikasi yang tepat |
Sesi interaksi mengenai soalan dan komen dari
penonton berlaku secara tidak konsisten
tetapi diberikan justifikasi yang
tepat |
Sesi interaksi mengenai soalan dan komen
dari penonton tidak berlaku secara konsisten
dan tidak memberikan justifikasi |
Tiada langsung sesi interaksi berlaku |
KKL4:
BAHASA
|
Pilihan bahasa sangat menarik dan sangat
sesuai
|
Pilihan bahasa menarik dan sesuai |
Pilihan bahasa yang sesuai tetapi
tidak menarik |
Pilihan bahasa adalah kurang sesuai
|
Pilihan bahasa tidak sesuai |
KEMAHIRAN MENULIS (KM) |
KKM1:
SUSUNAN IDEA |
Mengolah maklumat secara logikal, sistematik,
konstruktif dengan urutan yang menarik
bagi memudahkan audien memahami |
Mengolah maklumat secara logikal dengan
urutan yang menarik bagi memudahkan
audien memahami
|
Maklumat diolah tidak mengikut urutan yang
betul dan logikal sehingga memberi cabaran
kepada audien untuk memahami |
Maklumat tidak diolah secara logikal dan
kecelaruan dalam urutan menyukarkan audien
untuk memahami |
Maklumat sangat sukar untuk difahami |
KKM2:
PERBENDAHARAAN KATA |
Menggunakan perbendaharaan kata yang tepat
dan sangat sesuai dengan tujuan tugasan. |
Menggunakan perbendaharaan kata yang tepat
dan sesuai dengan tujuan tugasan. |
Menggunakan perbendaharaan kata asas yang
sesuai dengan tujuan tugasan. |
Menggunakan perbendaharaan kata asas yang
kurang sesuai dengan tujuan tugasan. |
Menggunakan perbendaharaan kata yang tidak
sesuai dengan tujuan tugasan. |
KKM3:
KONVENSYEN |
Penulisan membuktikan pemahaman tatabahasa
yang betul dan penggunaan tanda baca
sepanjang penulisan |
Penulisan mengandungi sedikit kesalahan
tatabahasa tetapi tanda baca yang
betul |
Penulisan mengandungi banyak kesalahan
tatabahasa dan tanda baca yang salah |
Penulisan mengandungi terlalu banyak
kesalahan bagi tatabahasa dan tanda baca. |
Penulisan yang yang bercelaru |
KEMAHIRAN BUKAN LISAN (KBL) |
KBL1:
KONTAK MATA |
Menarik perhatian audien dengan kontak mata
yang konsisten dan tidak langsung merujuk
nota |
Menarik perhatian audien dengan kontak mata
yang konsisten; hanya sesekali merujuk nota |
Sesekali menarik
perhatian audien menggunakan kontak
mata; selalu merujuk nota |
Kurang menarik
perhatian audien menggunakan kontak mata;
membaca dari nota sahaja |
Tidak langsung melakukan kontak mata langsung;
gagal menarik perhatian audien |
KBL2:
BAHASA TUBUH |
Pergerakan tubuh sangat lancar
dan membantu imaginasi penonton. |
Pergerakan tubuh yang lancar
dan membantu imaginasi penonton. |
Pergerakan tubuh / gerak isyarat yang
sederhana. |
Pergerakan tubuh / gerak isyarat yang sangat
sedikit. |
Tiada pergerakan tubuh /gerak isyarat; kaku |
KEMAHIRAN MENDENGAR AKTIF (KMA) |
KMA1:
TUMPUAN MENDENGAR
|
Membuat hubungan mata, menunjukkan sikap
positif, dan semangat untuk apa yang
orang lain katakan (cth. Tersenyum, berterima
kasih kepada mereka kerana berkongsi, dll.). |
Membuat hubungan mata, tetapi jarang
menunjukkan sikap positif, dan semangat
untuk apa yang orang lain katakan (cth.
Tersenyum, berterima kasih kepada mereka kerana
berkongsi, dll.). |
Membuat hubungan mata, tetapi tidak
menunjukkan sikap positif, dan semangat
untuk apa yang orang lain katakan.
|
Sesekali membuat hubungan mata, tetapi
membuat posisi badan tertutup (cth. Melihat
ke bawah, menyilang tangan, mengerutkan kening,
dll.) |
Tidak membuat hubungan mata / membuat posisi
badan tertutup
(cth. Melihat ke bawah, menyilang tangan,
mengerutkan kening, dll.) |
KMA2:
ADAB MENDENGAR |
Tidak pernah mencelah
orang lain tanpa tujuan/adab; hanya
mencelah dengan sopan untuk menambah atau
mengekalkan momentum perbualan. |
Tidak pernah mencelah
orang lain tanpa tujuan/adab; tetapi sesekali
mencelah dengan sopan untuk menambah atau
mengekalkan momentum perbualan. |
Kekadang mencelah
untuk menambah atau mengekalkan momentum
perbualan. |
Jarang mencelah
orang lain tanpa tujuan dan adab. |
Kerap mencelah orang lain tanpa tujuan dan adab. |
KMA3:
RESPON / ULASAN
|
Sentiasa mengulangi
apa yang orang lain katakan dengan cara yang
memperakui perkara/cadangan mereka (cth.
"Itu adalah cadangan yang baik..."). |
Selalu
mengulangi apa yang orang lain katakan dengan
cara yang memperakui perkara/cadangan mereka
(cth. "Itu adalah cadangan yang baik..."). |
Jarang
memperakui perkara/cadangan ahli kumpulan (cth.
"Itu adalah cadangan yang baik..."). |
Selalu
menggunakan bahasa negatif atau menyalahkan
(cth. "Anda salah," atau "Itu idea yang buruk"). |
Sentiasa menggunakan bahasa negatif atau
menyalahkan
(cth. "Anda salah," atau "Itu idea yang buruk"). |
KEMAHIRAN VISUAL EFEKTIF (KVE) |
KVE1:
PAPARAN (GAMBAR, CLIP ART & LATAR
BELAKANG) |
Paparan yang digunakan sangat sesuai dan
menarik |
Paparan yang digunakan sangat sesuai |
Paparan yang digunakan sesuai. |
Paparan yang digunakan kurang sesuai. |
Tiada paparan |
KVE2:
FON |
Format font meningkatkan mutu keterbacaan
dan kandungan pada semua slaid |
Format font meningkatkan mutu keterbacaan
dan kandungan pada kebanyakan slaid |
Format font kurang meningkatkan mutu
keterbacaan dan kandungan pada semua
slaid |
Format font kurang meningkatkan mutu
keterbacaan dan kandungan pada kebanyakan
slaid |
Format font tidak sesuai |
KVE3:
MEKANIK |
Tiada
kesalahan ejaan dan tatabahasa |
Sangat sedikit
kesalahan ejaan dan tatabahasa. |
Sedikit
kesalahan ejaan dan tatabahasa. |
Banyak
kesalahan ejaan dan tatabahasa. |
Terlalu banyak
kesalahan ejaan dan tatabahasa. |
KVE4:
APPLIKASI DIGITAL |
Menggunakan aplikasi digital yang sangat
tepat, sangat sesuai dan menarik dengan
kandungan |
Menggunakan aplikasi digital yang tepat dan
sangat sesuai dengan kandungan |
Menggunakan aplikasi digital yang sesuai
dengan kandungan |
Menggunakan aplikasi digital tetapi kurang
sesuai dengan kandungan |
Tidak menggunakan aplikasi digital langsung |
*Level of Attainment (Orrell, J.,2003) Flinders
University, Adelaide
** Pemberat bagi setiap kriteria bergantung kepada
keperluan kursus. Cadangan bagi keseluruhan pemberat
mengukur PLO adalah dalam julat 10-20%.
***
Cadangan sekurang-kurangnya 3 kriteria dipilih bagi
setiap peringkat (cth: CS1) bagi pengukuran PLO
6.3
Rubrik Prasiswazah
KRITERIA |
PROFISIEN [4] |
BAIK [3] |
MEMUASKAN [2] |
KURANG MEMUASKAN [1] |
TIDAK
MEMUASKAN [0] |
KEMAHIRAN LISAN (KKL) |
KKL1:
SUARA DAN SEBUTAN |
Suara boleh didengari dengan jelas dengan
sebutan yang sempurna |
Suara boleh didengari dengan jelas dengan
sebutan yang baik |
Suara boleh didengari dengan jelas tetapi
terdapat beberapa sebutan yang kurang baik |
Suara boleh didengari dengan jelas tetapi
banyak sebutan yang gagap dan berulang-ulang |
Suara perlahan dan sebutan tidak jelas/gagap/berulang-ulang |
KKL2:
KELAJUAN UCAPAN
|
Menyesuaikan kadar kelajuan
pertuturan dengan tajuk, aktiviti dan audien
|
Menyesuaikan kadar kelajuan
pertuturan dengan tajuk dan aktiviti |
Kadar kelajuan
pertuturan kurang sesuai dengan tajuk dan
aktiviti tetapi audien masih tidak
terganggu |
Kadar kelajuan pertuturan tidak sesuai
dengan tajuk dan aktiviti; audien agak
terganggu |
Tidak menyesuaikan kadar pertuturan dengan
tajuk/aktiviti/audien |
KKL3:
INTERAKSI |
Berinteraksi dengan memberi jawapan yang
tepat serta justifikasi yang kukuh dan
contoh yang sesuai |
Berinteraksi dengan memberi jawapan yang
tepat serta justifikasi yang kukuh
|
Berinteraksi dengan memberi jawapan yang
tepat |
Kurang
berinteraksi dan memberikan jawapan yang
meragukan |
Sesi interaksi tidak langsung berlaku. |
KKL4:
BAHASA
|
Penggunaan bahasa yang menarik, mudah
difahami dan sesuai dengan konteks
|
Penggunaan bahasa yang mudah difahami dan
sesuai dengan konteks |
Penggunaan bahasa yang mudah difahami
tetapi kurang sesuai dengan konteks |
Penggunaan bahasa yang susah difahami dan
kurang sesuai dengan konteks |
Bahasa yang digunakan mengelirukan
|
KEMAHIRAN MENULIS (KKM) |
KKM1:
SUSUNAN IDEA |
Menyusun maklumat secara logikal, sistematik
dengan format yang memudahkan audien
membaca / memahami |
Menyusun maklumat secara logikal dengan
format yang memudahkan audien membaca /
memahami |
Penyusunan maklumat kurang logikal tetapi
format dipatuhi; audien masih mampu
membaca /memahami |
Penyusunan maklumat tidak logikal;
menyukarkan audien membaca / memahami |
Maklumat sangat sukar dibaca/difahami |
KKM2:
PERBENDAHARAAN KATA |
Pemilihan perbendaharaan kata yang tepat,
mudah difahami dan sesuai dengan tugasan |
Pemilihan perbendaharaan kata yang mudah
difahami dan sesuai dengan tugasan |
Pemilihan perbendaharaan kata yang sesuai
dengan tugasan
|
Pemilihan perbendaharaan kata yang kurang
sesuai dengan tugasan |
Pemilihan perbendaharaan kata yang tidak
sesuai dengan tugasan. |
KKM3:
KONVENSYEN |
Pemilihan tatabahaasa yang betul dan
tanda baca yang tepat pada keseluruhan
penulisan |
Pemilihan tatabahaasa yang betul dan
tanda baca yang tepat pada sebahagian
besar penulisan |
Pemilihan tatabahaasa yang betul dan
tanda baca yang tepat pada sebahagian
penulisan sahaja |
Pemilihan tatabahaasa dan tanda baca yang
kurang tepat pada sebahagian besar
penulisan |
Pemilihan tatabahaasa dan tanda baca yang
salah pada keseluruhan penulisan |
KEMAHIRAN BUKAN LISAN (KBL) |
KBL1:
KONTAK MATA |
Mewujudkan hubungan melalui kontak mata
sepanjang masa tanpa merujuk nota
|
Mewujudkan hubungan melalui kontak mata
dengan sesekali merujuk nota |
Mewujudkan sesekali hubungan melalui kontak
mata; merujuk nota pada sebahagian besar
masa |
Kurang kontak mata
kerana sepanjang masa merujuk nota
|
Tiada kontak mata langsung |
KBL2:
BAHASA TUBUH |
Memilih pergerakan tubuh yang menarik, sesuai
dengan kandungan penyampaian |
Memilih pergerakan tubuh yang sesuai dengan
kandungan penyampaian |
Sebahagian
pergerakan tubuh kurang sesuai dengan
kandungan penyampaian |
Kurang
pergerakan tubuh; Penyampaian tidak menarik |
Tiada langsung pergerakan tubuh; kaku
|
KEMAHIRAN MENDENGAR AKTIF (KMA) |
KMA1:
TUMPUAN MENDENGAR
|
Memberikan sepenuh tumpuan; kontak
mata, bersikap positif dan bersemangat semasa
mendengar /menerima maklumat |
Memberikan sepenuh tumpuan; kontak mata, dan
bersemangat semasa mendengar / menerima maklumat |
Memberikan tumpuan; bersemangat semasa
mendengar / menerima maklumat tetapi
kurang kontak mata |
Memberikan kurang tumpuan; kurang
semangat dan kurang kontak mata |
Tiada langsung tumpuan diberikan |
KMA2:
ADAB MENDENGAR |
Memilih untuk menjaga adab semasa
mendengar; mencelah dengan sopan dan
mengajukan soalan pada sesi soal jawab
|
Memilih untuk menjaga adab semasa
mendengar; mengajukan soalan pada sesi soal
jawab
|
Memilih untuk menjaga adab semasa
mendengar; tetapi kekerapan mencelah
menganggu pembentangan |
Kurang menjaga adab
semasa mendengar; mencelah dengan kurang
sopan dan menganggu pembentangan |
Kekerapan mencelah / mengajukan soalan yang
tidak relevan; tidak beradab |
KMA3:
RESPON / ULASAN
|
Memilih untuk mempertimbang cadangan / komen /
idea ahli kumpulan dengan ulasan yang
positif, menyenangkan dan menghargai |
Memilih untuk mempertimbang cadangan / komen /
idea ahli kumpulan dengan ulasan yang positif
dan menghargai |
Memilih untuk mempertimbang cadangan / komen /
idea ahli kumpulan dengan ulasan yang positif
|
Kurang
mempertimbang cadangan / komen / idea ahli
kumpulan; memberikan ulasan negatif |
Tidak langsung
mempertimbang cadangan / komen / idea ahli
kumpulan. |
KEMAHIRAN VISUAL EFEKTIF (KVE) |
KVE1:
PAPARAN (GAMBAR, CLIP ART & LATAR
BELAKANG) |
Pemilihan paparan (gambar/clip art/latar
belakang) yang menarik, bermakna dan
bersesuaian dengan tajuk pembentangan |
Pemilihan paparan (gambar/clip art/latar
belakang) yang menarik dan bersesuaian
dengan tajuk pembentangan |
Pemilihan paparan (gambar/clip art/latar
belakang) yang bersesuaian dengan tajuk
pembentangan tetapi kurang menarik |
Pemilihan paparan (gambar/clip art/latar
belakang) yang kurang sesuai dan tidak
menarik dengan tajuk pembentangan
|
Tiada langsung paparan. |
KVE2:
FON |
Pemilihan font yang sesuai; saiz,
jenis, menurut ketetapan arahan tugasan
|
Pemilihan font yang sesuai; saiz dan
menurut ketetapan arahan tugasan |
Pemilihan font yang kurang sesuai; saiz
dan jenis
|
Pemilihan font yang tidak sesuai; saiz dan
jenis
|
Tiada slaid dipaparkan |
KVE3:
MEKANIK |
Tiada kesalahan
ejaan dan tatabahasa. |
Sangat sedikit
kesalahan ejaan dan tatabahasa. |
Sedikit
kesalahan ejaan dan tatabahasa. |
Banyak
kesalahan ejaan dan tatabahasa. |
Terlalu banyak
kesalahan ejaan dan tatabahasa. |
KVE4:
APPLIKASI DIGITAL |
Memilih menggunakan aplikasi digital yang
tepat, sesuai dan menarik dengan kandungan
|
Memilih menggunakan aplikasi digital yang
tepat dan sesuai dengan kandungan |
Memilih menggunakan aplikasi digital yang
sesuai dengan kandungan |
Memilih menggunakan aplikasi digital tetapi
kurang sesuai dengan kandungan |
Tidak menggunakan aplikasi digital langsung |
*Level of Attainment (Orrell, J.,2003) Flinders
University, Adelaide
** Pemberat bagi setiap kriteria bergantung kepada
keperluan kursus. Cadangan bagi keseluruhan pemberat
mengukur PLO adalah dalam julat 10-20%.
***
Cadangan 3 kriteria dipilih bagi setiap peringkat (CS1)
dalam sesuatu PLO
6.4 Rujukan
Agrawal, A. K., & Mittal, G. (2018). The Role of ICT in
Higher Education for the 21st Century: ICT as A Change
Agent for Education.
Al-araibi, A. A. M., Naz’ri bin Mahrin, M., Yusoff, R.
C. M., & Chuprat, S. B. (2019). A model for
technological aspect of e-learning readiness in higher
education. Education and Information Technologies,
24(2), 1395–1431. https://doi.org/10.1007/s10639-018-9837-9
Arkoudis, S. (2014). Integrating English language
communication skills into disciplinary curricula:
Options and strategies. Centre for the Study of
Higher Education, The University of Melbourne.
Dekker, H., & Wolff, S. W. (2016). Re-inventing
research-based teaching and learning. In presentation
at the meeting of the European Forum for Enhanced
Collaboration in Teaching of the
European University Association.
Hamodi, C., López-Pastor, A.T., & López-Pastor, V.M.
(2017). If I Experience Formative Assessment Whilst at
University Will I Put it into Practice Later as a
Teacher? Formative and Shared Assessment in Initial
Teacher Education (ITE). European Journal of Teacher
Education, 40(2), 171-190. https://doi.org/10.1080/02619768.2017.1281909
Johnson, S., Veitch, S., & Dewiyanti, S. (2015). A
framework to embed communication skills across the
curriculum: A design-based research approach. Journal
of University Teaching & Learning Practice, 12(4),
1-14.
Mercer-Mapstone, L. D., & Kuchel, L. J. (2016).
Integrating Communication Skills into Undergraduate
Science Degrees: A Practical and Evidence-Based
Approach. Teaching & Learning Inquiry: The ISSOTL
Journal, 4(2).
https://doi.org/10.20343/teachlearninqu.4.2.11
Moher D, Liberati A, Tetzlaff J, Altman DG, The PRISMA
Group (2009). Preferred Reporting Items for Systematic
Reviews and Meta-Analyses: The PRISMA Statement. PLoS
Med 6(7): e1000097. doi:10.1371/journalpmed1000097
Ponzio, N. M., Alder, J., Nucci, M., Dannenfelser, D.,
Hilton, H., Linardopoulos, N., & Lutz, C. (2018).
Learning Science Communication Skills Using
Improvisation, Video Recordings, and Practice, Practice,
Practice. Journal of Microbiology & Biology Education,
19(1).
https://doi.org/10.1128/jmbe.v19i1.1433
Stevens, S., Mills, R., & Kuchel, L. (2019). Teaching
communication in general science degrees: Highly valued
but missing the mark. Assessment & Evaluation in
Higher Education, 44(8), 1163–1176.
https://doi.org/10.1080/02602938.2019.1578861
Vlachopoulos, D., & Makri, A. (2019). Online
communication and interaction in distance higher
education: A framework study of good practice.
International Review of Education, 65(4), 605–632.
https://doi.org/10.1007/s11159-019-09792-3
Wilby, K. J., Govaerts, M., Austin, Z., & Dolmans, D.
(2019). Discriminating Features of Narrative Evaluations
of Communication Skills During an OSCE. Teaching and
Learning in Medicine, 31(3), 298–306.
https://doi.org/10.1080/10401334.2018.1529570
|