PENJAJARAN KONSTRUKTIF
Model
utama Outcome-Based Education oleh Biggs (2003) yang
juga dikenali sebagai Model Penjajaran Konstruktif telah
mengutarakan 3 komponen utama di laksanakan secara
koheren iaitu antara kurikulum, strategi pengajaran dan
pentaksiran dalam kitaran sistem pendidikan sekiranya
hasil / outcomes dijadikan sebagai indikator pencapaiaan/
prestasi pelajar di sesebuah institusi pengajian.
Sebagai badan institusi yang mengamalkan Pendidikan
Berasaskan Hasil (OBE), pentaksiran telah menjadi faktor
penentu pencapaian matlamat pendidikan yang ditetapkan
dalam visi dan misi FSSH UTM. Justeru, pentaksiran
mempengaruhi keputusan yang melibatkan perkata penting
pendidikan seperti penetapan gred, pengurniaan anugerah,
penilaian kaedah pengajaran dan keperluan kurikulum (proses
CQI dan sebagainya). Oleh itu, peranan pentaksiran
dilihat sangat penting dalam menyokong aspek kualiti
pendidikan dalam mengangkat status FSSH sebagai wadah
dalam menghasilkan graduan cemerlang dan berkualiti
secara holistik.
Oleh itu, beberapa persoalan berikut perlu dijadikan
panduan kepada pensyarah dalam mengamalkan komponen
pentaksiran yang adil dalam proses pembelajaran.
1. Adakah saya telah menjalankan proses pengajaran
mengikut rancangan saya?
2. Adakah pelajar saya menguasai pengetahuan dan
kemahiran seperti yang ditetapkan dalam garis panduan
kursus?
3. Adakah kaedah pengajaran yang saya gunakan berkesan
untuk meningkatkan kualiti pembelajaran?
4. Adakah kaedah pentaksiran saya sesuai dengan Hasil
Pembelajaran Kursus?
5. Adakah struktur pentaksiran saya seimbang antara
formatif dan sumatif?
6. Adakah pentaksiran formatif dilaksanakan mengikut
konsep dan prosedur yang betul?
7. Adakah prinsip pentaksiran seperti kesahan,
kebolehpercayaan dan keadilan diamalkan dalam iklim
pembelajaran dalam kelas saya?
Apabila, pentaksiran dikatakan berfungsi untuk
membuktikan pengetahuan dan kemahiran yang seharusnya
pelajar kuasai tercapai seperti yang diharapkan, maka
strategi pengajaran yang digunakan mestilah sejajar
dengan kaedah pentaksiran bagi mengukuh pencapaian hasil
pembelajaran. Ini adalah untuk memastikan pelajar
belajar apa yang perlu dipelajari. Ringkasnya, untuk
mencapai hasil pembelajaran, ketiga-tiga komponen perlu
dilaksanakan / diamalkan secara seiring / sejajar bagi
memastikan hasil pembelajaran tercapai. Rajah 1
menunjukkan hubungan tiga komponen tersebut.

Rajah
1: Model Penjajaran Konstruktif
http://www.ucdoer.ie/index.php?title=Using_Biggs%27_Model_of_Constructive_Alignment_in_Curriculum_Design/Introduction&oldid=447
Bagi memastikan ketiga-tiga komponen
tersebut sejajar, tiga lagi persoalan perlu dijawab oleh
pensyarah.
- |
Hasil Pembelajaran: Apa yang
saya mahu pelajar saya tahu dan dapat
lakukan pada akhir kursus? |
- |
Kaedah Pengajaran: Apakah
jenis aktiviti di dalam dan di luar bilik
darjah yang dapat mengukuhkan lagi
pencapaian hasil pembelajaran dan
menyediakan pelajar untuk pentaksiran
sumatif? |
- |
Pentaksiran: Apakah jenis
tugasan yang boleh membuktikan pelajar telah
menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan? |
Sebagai rumusan, berikut merupakan
langkah panduan mengamalkan PA di mana prinsip
Penjajaran Konstruktif perlu di ambil perhatian iaitu;
a) |
penerangan jelas antara hasil
pembelajaran, pengalaman pembelajaran (aktiviti
kelas/ luar kelas) dan tugasan pentaksiran.
Pelajar diberikan kefahaman yang terperinci
mengenai pengendalian kelas, tugasan
berkaitan dengan hasil pembelajaran, alat
penskoran (berdasarkan piawaian dan kriteria)
yang digunakan |
b) |
tahap penglibatan pelajar
dinyatakan secara spesifik dalam aktiviti
pembelajaran untuk membolehkan pensyarah
menilai prestasi pelajar berdasarkan
penyataan hasil pembelajaran. |
c) |
tugasan berfokus kepada
tingkat pemikiran aras tinggi (Higher
Order Thinking); bukan menilai keupayaan
untuk menghafal dan memahami maklumat (Lower
Order Thinking) sahaja. |
d) |
proses pentaksiran menyokong
aktiviti pembelajaran dengan memberi peluang
kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu
dan kemahiran yang dikuasai. |
e) |
proses pentaksiran yang
menyediakan maklumat deskriptif kepada
pelajar tentang kemajuan mereka berdasarkan
kriteria yang dinyatakan dalam rubrik. |
f) |
piawaian dan kriteria
pentaksiran bagi setiap tugasan dinyatakan
dengan jelas dan disampaikan kepada pelajar
pada awal semester. |
g) |
tugasan yang disediakan tidak
menunjukkan berat sebelah terhadap
sekumpulan pelajar tertentu. |
h) |
tugas yang dirancang telah
mengambil kira beban kerja pelajar dari segi
masa yang diperlukan. |
i) |
maklum balas diberikan adalah bersifat
menerangkan secara terperinci, konstruktif,
bermakna dan tepat pada masa bagi
membolehkan pelajar membuat penambahbaikan
dalam tugasan seterusnya. |
j) |
maklum balas pentaksiran digunakan oleh
pensyarah untuk membuat refleksi berkaitan
dengan keberkesanan pengajaran. |
k) |
Tugasan pentaksiran alternatif diberikan
wajaran yang saksama untuk mengimbangi
penilaian sumatif. |
l) |
pemantauan berterusan dari segi etika dan
integriti oleh pensyarah. |
m) |
penalti mestilah diguna pakai secara
konsisten dan berdasarkan dasar am fakulti
seperti yang dimaklumkan lebih awal kepada
pelajar. |
Seterusnya, pensyarah haruslah mengenali
alat penskoran rubrik yang lazimnya digunapakai dalam PA
secara mendalam.
|