:: FSSH Rubrikgen 2.0 ::
Pengenalan



xxx

PLO 10 KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN (ENT)  / (ENTREPRENEURIAL SKILLS)

 

 

DEFINISI  KONSEP

Kemahiran Keusahawanan berdasarkan;

 

MQF 2.0 (2017)

FSSH (2020)

Pascasiswazah

Initiate and/or lead entrepreneurial ventures/ projects.

Mencetuskan idea keusahawanan melalui projek inovasi.

 

Initiate entrepreneurial ideas through innovative projects

Prasiswazah 

Demonstrate entrepreneurial competency with

selected project(s).

Demonstrate an appreciation of broader socio-political economic and cultural issues at local/national and
regional level

 

 

Meta analisis kandungan dijalankan terlebih dahulu bagi mengenal pasti indikator pengukuran bagi kemahiran keusahawanan. Berdasarkan kajian literatur, terdapat enam dimensi utama yang didapati mengukur kemahiran keusahawanan iaitu kemahiran komunikasi dan mempengaruh, kemahiran memimpin pasukan, mencari peluang, berinovasi, mengambil risiko dan berdaya tahan.  Namun bagi tujuan pembinaan rubrik PLO10 Kemahiran Keusahawanan, empat dimensi yang dipilih ialah mencari peluang (MP), berinovasi (BI), mengambil risiko (MR), dan berdaya tahan (BT). Ini kerana indikator kemahiran komunikasi dan mempengaruh dilihat lebih tepat bagi PLO5 iaitu Kemahiran Komunikasi, manakala indikator kemahiran memimpin pasukan pula lebih sesuai bagi PLO 8 iaitu kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban.

 

 

Mencari Peluang (MCP)          

- merujuk kepada kemahiran dalam mengenal pasti dan menganalisis peluang perniagaan dalam konteks pendidikan
 

Mengambil Peluang (MCP)    

 

- merujuk kepada kemahiran dalam mengambil inisiatif dan mengambil tindakan terhadap sesuatu peluang perniagaan dalam konteks pendidikan
 

Inovatif (KIN)                             

- merujuk kepada kemahiran meneroka/ mencari idea baru; asli dan kreatif sehingga tercetusnya hasil / produk yang dapat memberi kebaikan kepada dunia pendidikan dan masyarakat amnya.
 

Mengambil Risiko (MGR)       

- merujuk kepada kecenderungan untuk mengambil risiko bagi menyelesaikan tugas dengan bersungguh-sungguh dan tabah menghadapi segala cabaran.

Berdaya Tahan (BTK)             

- merujuk ciri-ciri pelajar yang mempunyai kegigihan dalam melakukan sesuatu walaupun menghadapi kesukaran dalam mencapai kejayaan

 

 

Keempat-empat dimensi tersebut dipetakan dalam bentuk penyataan jangkaan hasil pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 17.

 

Jadual 17: Pemetaan Definisi Operasi PLO9 FSSH dengan Jangkaan Hasil dan Kriteria

Tahap

Definisi Operasi FSSH

Jangkaan Hasil

Kriteria Rubrik

ENT1

 

Kebolehan untuk mengenal pasti peluang idea inovasi /perniagaan

Pelajar dapat menghasilkan tabung idea bagi tujuan menjalankan perniagaan bersesuaian dengan konteks yang dinyatakan

MCP1, MGP1, BTK1

ENT2

 

Kebolehan untuk merangka templat perancangan perniagaan menggunakan kemahiran teknologi.

Pelajar dapat menghasilkan templat digital perancangan idea / perniagaan yang inovatif dan kreatif yang boleh digunakan dalam pelbagai konteks.

MCP1, KIN1, BTK1

ENT3

 

Kebolehan untuk membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan

Pelajar dapat menghasilkan kertas cadangan sesuatu projek perniagaan dengan lengkap bersesuaian dengan bidang

MCP1, MGP1, KIN1

ENT4

 

Kebolehan untuk bekerja sendiri dan bersedia untuk mengambil risiko

Pelajar mampu menyelesaikan isu / masalah dalam bidang pengetahuan yang dipelajari  dengan mempertimbangkan risiko yang bakal dihadapi serta mengemukakan alasan yang rasional bagi mengatasinya.

MCP1, MGP1, MGR1

ENT5

Kebolehan merancang/ mengendalikan acara / menghasilkan produk secara bersungguh-sungguh dan tabah

Pelajar mampu mengelolakan program, seminar, pembelajaran servis, lawatan dan lain-lain tugasan dengan dengan tabah dan bersungguh-sungguh dan tidak cepat putus asa.

MCP1, MGR1, BTK1

 

 

 

11.2 Rubrik Pascasiswazah

 

KRITERIA

CEMERLANG [4]

PROFISIEN [3]

BAIK [2]

KURANG MEMUASKAN [1]

TIDAK MEMUASKAN [0]

MENCARI PELUANG (MCP)

MCP1:

MENCARI PELUANG

 

Mampu mengenalpasti dan menganalisis peluang dengan jelas dan tepat berdasarkan model pengenalpastian peluang (contoh: SWOT)

Mampu mengenalpasti dan menganalisis peluang dengan jelas namun tanpa sebarang model pengenalpastian peluang

Mampu mengenalpasti peluang namun tidak mampu untuk menganalisis peluang dengan jelas

Lemah dalam mengenal pasti dan menganalisis peluang

Tidak mampu mengenal pasti dan menganalisis peluang

MENGAMBIL PELUANG (MGP)

MGP1:

MENGAMBIL PELUANG

 

Mampu merebut peluang dan mengambil tindakan yang tepat serta bijak untuk mencapai lebih daripada minimum keperluan tugasan

Mampu merebut peluang dan mengambil tindakan yang tepat serta  bijak untuk mencapai keperluan tugasan.

Mampu merebut peluang dan mengambil tindakan yang tepat

Lemah dalam merebut peluang

Tidak mampu untuk merebut peluang 

INOVATIF (KIN)

KIN1:

INOVATIF

 

Membina idea yang ada penambahan nilai /penyelesaian masalah adalah jelas, idea asli dan memenuhi kehendak / keperluan tugasan.

Membina idea yang ada penambahan nilai /penyelesaian masalah adalah jelas dan memenuhi kehendak / keperluan tugasan tetapi idea tidak asli.

Membina idea yang ada penambahan nilai / penyelesaian masalah adalah jelas tetapi tidak asli dan tidak memenuhi kehendak / keperluan tugasan

 

Membina idea yang ada penambahan nilai / penyelesaian masalah yang tidak jelas, tidak asli dan tidak memenuhi kehendak / keperluan tugasan.

Tidak membina idea yang ada penambahan nilai / penyelesaian masalah yang tidak jelas, tidak asli dan tidak memenuhi kehendak / keperluan tugasan.

MENGAMBIL RISIKO (MGR)

MGR1:

ANALISIS RISIKO

 

Mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mengambil risiko bagi menyelesaikan tugas yang diusahakan dan sangat berupaya mengambil kira pertimbangan yang sewajarnya

Mempunyai kecenderungan yang memuaskan untuk mengambil risiko bagi menyelesaikan tugas yang diusahakan dan berupaya mengambil kira pertimbangan yang sewajarnya

 

Mempunyai kecenderungan yang sederhana untuk mengambil risiko bagi menyelesaikan tugas yang diusahakan tetapi kurang berupaya mengambil kira pertimbangan yang sewajarnya

Kurang kecenderungan untuk mengambil risiko bagi menyelesaikan tugas yang diusahakan dan tidak berupaya mengambil kira pertimbangan yang sewajarnya

Tidak mempunyai kecenderungan untuk mengambil risiko bagi menyelesaikan tugas yang diusahakan

BERDAYA TAHAN (BTK)

BTK1:

BERDAYA TAHAN

Mempamerkan semangat juang dan berdaya tahan yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan.

Mempamerkan semangat juang dan berdaya tahan yang memuaskan dalam menyelesaikan tugasan.

Mempamerkan semangat juang dan berdaya tahan yang sederhana dalam menyelesaikan tugasan

Kurang mempamerkn semangat juang dan kurang berdaya tahan dalam menyelesaikan tugasan.

Tidak mempunyai semangat juang dan tidak berdaya tahan dalam menyelesaikan tugasan

*Level of Attainment (Orrell, J.,2003) Flinders University, Adelaide

** Pemberat bagi setiap kriteria bergantung kepada keperluan kursus. Cadangan bagi keseluruhan pemberat mengukur PLO adalah dalam julat 10-20%.

*** Cadangan 3 kriteria dipilih bagi setiap peringkat (ENT1) dalam sesuatu PLO

 

11.3 Rubrik Prasiswazah

 

KRITERIA

PROFISIEN [4]

BAIK [3]

MEMUASKAN [2]

KURANG MEMUASKAN [1]

TIDAK

MEMUASKAN [0]

MENCARI PELUANG (MCP)

MCP1:

MENCARI PELUANG

 

Mengenal pasti dan menganalisis peluang dengan mudah dan yakin berdasarkan model pengenalpastian peluang (contoh: SWOT)

Mengenal pasti dan menganalisis peluang dengan mudah berdasarkan model pengenalpastian peluang

(contoh: SWOT)

Mengenal pasti peluang dengan mudah tetapi sukar dalam menganalisis peluang dengan yakin

Sukar dalam mengenal pasti dan menganalisis peluang

Tidak dapat mengenal pasti dan menganalisis peluang

MENGAMBIL PELUANG (MGP)

MGP1:

MENGAMBIL PELUANG

 

Merebut peluang dengan mengambil tindakan dengan yakin, tepat dan bijak untuk mencapai matlamat

Merebut peluang dengan mengambil tindakan dengan yakin dan bijak untuk mencapai matlamat

Merebut peluang dengan yakin tetapi tindakan kurang bijak untuk mencapai matlamat

Merebut peluang tetapi kurang yakin dan tindakan kurang bijak untuk mencapai matlamat

Gagal mengambil peluang 

INOVATIF (KIN)

KIN1:

INOVATIF

 

Menjana idea asli yang kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah / keperluan tugasan

Menjana idea yang kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah / keperluan tugasan

Menjana idea yang inovatif tetapi kurang kreatif dalam penyelesaian masalah / keperluan tugasan

Menjana idea yang kurang inovatif dalam penyelesaian masalah / keperluan tugasan

Tiada idea dijana

MENGAMBIL RISIKO (MGR)

MGR1:

ANALISIS RISIKO

 

Menunjukkan inisiatif dalam menganalisis risiko berkaitan keaslian maklumat / kesahihan sumber dengan usaha sendiri sepenuhnya

Menunjukkan inisiatif dalam menganalisis risiko berkaitan keaslian maklumat / kesahihan sumber dengan usaha sendiri / bantuan rakan

Menunjukkan inisiatif dalam menganalisis risiko berkaitan keaslian maklumat / kesahihan sumber dengan bimbingan pensyarah

Kurang inisiatif dalam menganalisis risiko berkaitan keaslian maklumat / kesahihan sumber

Tiada inisiatif langsung dalam menganalisis risiko

BERDAYA TAHAN (BTK)

BTK:

BERDAYA TAHAN

Menunjukkan semangat, ketekalan dan daya tahan yang tinggi dalam menyiapkan projek

Menunjukkan semangat dan daya tahan yang tinggi dalam menyiapkan projek

Menunjukkan daya tahan yang tinggi dalam menyiapkan projek

Menunjukkan semangat yang tinggi tetapi kurang daya tahan dalam menyiapkan projek

Tidak bersemangat langsung

 

*Level of Attainment (Orrell, J.,2003) Flinders University, Adelaide

** Pemberat bagi setiap kriteria bergantung kepada keperluan kursus. Cadangan bagi keseluruhan pemberat mengukur PLO adalah dalam julat 10-20%.

*** Cadangan 3 kriteria dipilih bagi setiap peringkat (ENT1) dalam sesuatu PLO

 

 

11.4 Rujukan

 

Brorstrom, B. (2002). The world's richest municipality: The importance of institutions for municipal development. Journal of Economic Issues, 36, 55– 78.

Deakins, D. & Freel, M. (2009). Entrepreneurship and small firms (5th ed.). London: McGraw-Hill.

Defining The  Entrepreneurial Mindset. Retrieved Aug. 8, 2020 https://www.skylineuniversity.ac.ae/pdf/entrepreneur/9783319614113-c2.pdf

Entrialgo, M., Fernandez, E. & Vazquez, C. (2000). Characteristics of managers as determinants of entrepreneurial orientation: some Spanish evidence. Enterprise and Innovation Management Studies, 1(2):187-205

Ireland, R. D., Hitt, M., & Sirmon, D. G. (2003). A model of strategic entrepreneurship: The construct and its dimensions. Journal of Management, 29, 963–989. https://doi.org/10.1016/S0149-2063(03)00086-2

Mahadea, D. (2001). Similarities and differences between male and female entrepreneurial attributes in manufacturing firms in the informal sector in Transkei. Development Southern Africa, 18(2):189-199.

Mcclelland, D.C. 1961. The achieving society. Princeton UP, Princeton.

McGrath, R., & MacMillan, I. (2000). The entrepreneurial mindset. Boston, MA: Harvard Business School Press.

Ramana, C.V., Aryasri, A.R. & Nagayya, D. (2008). Entrepreneurial success in SMEs based on financial and nonfinancial parameters. The ICFAI University Journal of Entrepreneurship Development, 5(2):32-48.

 

 

| PLO04 | PLO05 | PLO06 | PLO07

| PLO04 | PLO05 | PLO06 | PLO07 | PLO08 | PLO09 | PLO10 | PLO11 |


Copyright © 2012 Universiti Teknologi Malaysia

:: ::