:: FSSH Rubrikgen 2.0 ::
Pengenalan



xxx

RUBRIK

 

 

Apa itu Rubrik?  Dalam istilah pendidikan, rubrik bermaksud alat penskoran yang digunakan untuk mengukur pencapaian / prestasi pelajar bagi sesuatu tugasan. Secara ringkasnya, ia adalah satu set kriteria sebagai panduan penskoran / penggredan. Rubrik biasanya mengandungi kriteria penilaian, deskriptor bagi setiap kriteria pada tahap pencapaian tertentu / standard dan strategi pemarkahan (pemberatan markah).

 

Secara mudahnya, rubrik dikenali sebagai alat penskoran berasaskan prestasi. Pensyarah menggunakan rubrik untuk mengumpul data kemajuan pelajar pada tugasan atau kemahiran tertentu. Rubrik membolehkan pelajar memahami apa yang diperlukan dalam tugasan, bagaimana ia digredkan dan graf kemajuan mereka dapat direkodkan bagi tujuan bimbingan secara konstruktif.

 

Rubrik boleh dijadikan alat penskoran formatif (berterusan) dan pentaksiran sumatif (akhir) untuk menilai kerja bertulis, projek, persembahan lisan, atau apa-apa tugasan lain. Ia sering dibina dalam format matrik dan pelajar pula menggunakannya semasa merancang kualiti / standard kerja mereka. Terdapat dua jenis rubrik;
(i) holistik dan
(ii) analisis.

 

 

Rubrik Holistik

 

Rubrik Holistik mengandungi beberapa kriteria pentaksiran yang berbeza dan diklasifikasikan secara terkumpul di bawah standard / prestasi yang sama. Ia bersifat umum yang menyenaraikan beberapa kriteria prestasi bagi sesuatu standard. Rubrik holistik biasanya menggabungkan kriteria tertentu ke dalam satu tahap. Jadual 3 merupakan satu contoh rubrik holistik.

 

Jadual 3: Contoh Rubrik Holistik

Descriptors

Score

The presenter spoke clearly, held eye contact throughout the presentation, used more than two visual aids (including multimedia), stood up straight without hands in pockets, answered questions, and spoke for more than 5 minutes.

4

The presenter spoke clearly for part of the time, mostly looked at notes but made eye contact a few times, used two visual aids (no multimedia), stood up straight for part of the time, answered one question, and spoke for 2-4 minutes.

3

The presenter did not speak clearly, made eye contact a few times, used one visual aid (no multimedia), slouched, or put hands in pockets a few times, did not answer questions, and spoke for 1-2 minutes.

2

The presenter was difficult to understand, did not look up from notes, did not have visual aids, slouched, or put hands in pockets for most of the presentation, did not answer questions, and spoke less than 1 minute.

1

The presenter did not prepare a presentation.

 

0

Comments:

 

https://examples.yourdictionary.com/simple-rubric-examples-for-teachers.html

 

 

Rubrik Analitik

 

Rubrik Analitik memisahkan kriteria pentaksiran setiap satu secara berasingan untuk dinilai secara terperinci dengan adanya deskriptor bagi setiap kriteria pada beberapa standard. Rubrik analitik menilai setiap aspek tugasan secara terperinci berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Pensyarah akan menskor berdasarkan kriteria dan kemudian menjumlahkannya secara keseluruhan. Penskoran menggunakan rubrik analitik mengambil masa lebih lama untuk digredkan, tetapi menyediakan lebih banyak maklumat bagi membantu pelajar membuat kemajuan dalam pembelajaran berdasarkan maklum balas pensyarah dan rakan berdasarkan setiap kriteria.  Jadual 4 menunjukkan contoh rubrik analitik.

 

Jadual 4: Contoh Rubrik Analitik

Criteria

4

3

2

1

0

Comprehension of Text

Shows a thorough and thoughtful understanding of the text.

Shows a comprehensive understanding of the text.

Shows a basic understanding of the text.

Shows a limited understanding of the text.

Shows little understanding of the text.

Formal Voice

Uses a variety of sentence types and precise, descriptive language to establish a formal voice.

Uses a variety of sentence types and some descriptive language to establish a formal voice.

Uses mostly simple and compound sentences. Includes some descriptive language.

Uses mostly simple sentences with little to no descriptive language.

Uses no sentence variety. Voice is not formal.

Sentence Fluency & Grammar

Contains 0-1 grammatical or syntax errors.

Contains 2-3 grammatical or syntax errors.

Contains 4-5 grammatical or syntax errors.

Contains more than 6 grammatical or syntax errors.

Contains serious grammatical or syntax errors.

https://examples.yourdictionary.com/simple-rubric-examples-for-teachers.html

 

 

 

 

Kebaikan Penggunaan Rubrik

 

 

Rubrik membantu pensyarah melalui;

 

                  penilaian tugasan secara konsisten antara pelajar

                  menjimatkan masa dalam penggredan, dalam kedua-dua tempuh iaitu jangka pendek dan jangka panjang.

                  memberi maklum balas yang tepat pada masa, secara berkesan dan menggalakkan proses pembelajaran secara konstruktif

                  menjelaskan jangkaan hasil pembelajaarn dan komponen tugasan kepada pelajar

                  membuat refleksi kaedah pengajaran daripada hasil kemajuan pelajar berdasarkan rubrik.

 

Rubrik membantu pelajar melalui;

 

                  memahami jangkaan dan komponen tugasan.

                  menimbulkan kesedaran tentang proses pembelajaran dan mengikuti kemajuan pembelajaran mereka.

                  memperbaiki kualiti kerja berdasarkan maklum balas yang tepat dan terperinci.

 

 

 

 

Secara ringkas, panduan pembinaan rubrik adalah seperti Rajah 1.

 

 

 

Rajah 1:  Panduan pembinaan rubrik

 

Petunjuk:

Langkah 1                 = Definisi Konsep

Langkah 2,3,4           = Definisi Operasi, Penentuan Domain dan Taksonomi Pembelajaran, Standard     Berasaskan Kriteria dan Membina Deskriptor

Langkah 5                 = Maklum Balas

Langkah 6                 = Penambahbaikkan / Continuous Quality Improvement (CQI)

 

 

Seterusnya, Jadual 5 menjelaskan definisi konsep kepada PLO berdasarkan tiga (3) kluster generik MQF 2.0 yang telah dipetakan berdasarkan domain pembelajaran yang akan digunapakai bagi pengajian prasiswazah dan pascasiswazah di FSSH mulai Semester 1 2021/2022

 

 

 

Jadual 5: Definisi Konsep FSSH kepada PLO berdasarkan MQF 2.0

KLUSTER

Definisi Konsep FSSH

IPS

Kemahiran Interpersonal

 

 

Mempamerkan interaksi berkesan dan kemahiran berpasukan dalam komuniti pembelajaran dan pekerjaan serta kumpulan dan jaringan lain secara beretika dan professional

 

Display effective interaction and team working skills in

learning and working communities as well as other groups

and networks, ethically and professionally

CS

Kemahiran Komunikasi

Menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan idea
secara berkesan melalui pelbagai kaedah kepada rakan
sebaya, komuniti ilmiah dan masyarakat

 

Communicate knowledge, skills and ideas effectively using
appropriate methods to peers, scholarly communities, and
societies

DS

Kemahiran Digital

Menggunakan pelbagai teknologi digital dan perisian
yang sesuai secara kompeten bagi meningkatkan
pembelajaran dan penyelidikan

 

Use a wide range of suitable digital technologies and

appropriate software competently to enhance learning and research

NS

Kemahiran Numerasi

Menunjukkan kemahiran dalam merancang, merekabentuk, menganalisis dan menilai data numerical dan grafikal dalam aktiviti penyelidikan kuantitatif dan kualitatif

 

Demonstrate skills in plan, design, analyze and evaluate

numerical and graphical data in quantitative and qualitative

research

LAR

Kemahiran Kepimpinan, Autonomi dan Kebertanggungjawaban

Menunjukkan autonomi, kepimpinan dan kebertanggungjawaban dalam menguruskan kerja kumpulan dalam konteks penyelesaian masalah

 

Display autonomy, leadership and responsibility in managing

group work in the context of problem solving

PRS

Kemahiran Personal

Mempamerkan peningkatan kendiri melalui perkembangan akademik dan profesionalisme berterusan

 

Display self-advancement through continuous academic and professional development

ENT

Kemahiran Keusahawanan

Mencetuskan idea keusahawanan melalui projek inovasi

 

Initiate entrepreneurial ideas through innovative projects

ETS

Etika dan Profesionalisme

Mempamerkan pematuhan kepada etika dan kod amalan professional dalam memberi nasihat atau membuat keputusan

 

Demonstrate adherence to ethical and professional
codes of practice in advising and decision making

 

Bagi memperincikan PLO MQF 2.0, Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menyediakan akronim dan kategori bagi setiap PLO seperti dalam Jadual 6.

 

Jadual 6: Domain PLO Berdasarkan MQF 2.0

PLO4

Kemahiran Interpersona

Interpersonal Skills

 

IPS (Kemahiran Generik)

PLO5

Kemahiran Komunikasi

Communication Skills

CS (Kemahiran Generik)

PLO6

Kemahiran Digital

Digital Skills

DS (Kemahiran Teknikal/Generik)

*Bergantung kepada kesesuaian Program

PLO7

Kemahiran Numerasi

Numeracy Skills

NS (Kemahiran Teknikal/Generik)

*Bergantung kepada kesesuaian Program

 

PLO8

Kemahiran Kepimpinan, Autonomi Dan Kebertanggungjawaban

Leadership, Autonomy And Responsibility

 

LAR (Kemahiran Generik)

PLO9

Kemahiran Personal

Personal Skills

 

PRS (Kemahiran Generik)

PLO10

Kemahiran Keushawanan

Entrepreneurial Skills

 

ENT (Kemahiran Generik)

PLO11

Etika Dan Profesionalisme

Ethics And Professionalism

 

ETS (Kemahiran Generik)

Sumber: (Hazarina, 2019) Slaid Taklimat Semakan Kurikulum Program Pascasiswazah

 

Justeru, kelapan-lapan PLO di petakan dengan domain pembelajaran dan taksonomi bagi membezakan tahap antara pengajian Prasiswazah dengan Pascasiswazah. Task Force Rubrik telah menetapkan bahawa bagi PLO domain afektif, taksonomi / aras pengukuran bagi prasiswazah adalah A3 (Valuing) manakala bagi pascasiswazah adalah A4 (Organization).  Manakala bagi PLO domain psikomotor, taksonomi / aras pengukuran bagi prasiswazah adalah P4 (Mechanisme-Basic Proficiency)) manakala bagi pascasiswazah adalah P5 (Complex Overt Response – Expert) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7 dan Jadual 8. 

 

Setelah aras taksonomi di tetapkan, langkah seterusnya adalah pemetaan Hasil Pembelajaran Program (PLO) MQF 2.0 dengan Atribut Graduan (AG, 2017) dan Kemahiran Insaniah (KI, 2016) seperti dalam Jadual 9 dan Jadual 10.

 

 

4.3 Domain Afektif

 

     Jadual 7: Domain Afektif dan Taksonomi bagi Program Prasiswazah dan Pascasiswazah

Taksonomy

Learning Outcomes

Action Verbs

A5

CHARACTERIZATION

Ability to internalize values and consistently guides/ controls the behaviour

 

Acts, Discriminates, Displays, Influences, Listens, Modifies, Performs, Practices, Proposes, Qualifies, Questions, Revises, Serves, Solves, Verifies.

A4

ORGANIZATION

 

PASCASISWAZAH

Ability to prioritize value over another and create a unique value system

 

Adheres, Alters, Arranges, Combines, Compares, Completes, Defends, Explains, Formulates, Generalizes, Identifies, Integrates, Modifies, Orders, Organizes, Prepares, Relates, Synthesizes.

A3

VALUING

 

PRASISWAZAH

Ability to see the worth of something and express it. It involves range of simple acceptance to complex state of commitment

 

Completes, Demonstrates, Differentiates, Explains, Follows, Forms, Initiates, Invites, Joins, Justifies, Proposes, Reads, Reports, Selects, Shares, Studies, Works.

A2

RESPONDING

Ability to participate actively, complying with procedures or follow the instructions/ directions

 

Answers, Assists, Aids, Complies, Conforms, Discusses, Greets, Helps, Labels, Performs, Practices, Presents, Reads, Recites, Reports, Selects, Tells, Writes.

A1

RECEIVING

The awareness of feelings, emotions and the ability to utilize selected attention

 

Asks, Chooses, Describes, Follows, Gives, Holds, Identifies, Locates, Names, Points To, Selects, Sits, Erects, Replies, Uses.

Sumber : Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., & Masia, B.B. (1964).  Taxonomy of Educational Objectives: The Classification of Educational Goals. Handbook II: Affective Domain.  New York: David MacKay Co.

 

4.4 Domain Psikomotor

 

Jadual 8: Domain Psikomotor dan Taksonomi bagi Program Prasiswazah dan Pascasiswazah

Taxonomy

Learning Outcomes

Action Verbs

P7

ORIGINATION

Ability to create new movement patterns for a specific situation

Learning outcomes emphasize creativity based upon highly developed skills.

Arranges, Builds, Combines, Composes, Constructs, Creates, Designs, Initiate, Makes, Originates.

P6

ADAPTATION

Ability to modify learned skills to meet special events

Skills are well developed and the individual can modify movement patterns to fit special requirements.

Adapts, Alters, Changes, Rearranges, Reorganizes, Revises, Varies. 

 

P5

COMPLEX OVERT RESPONSE

(EXPERT)

 

PASCASISWAZAH

Ability to skilfully perform complex patterns of actions.

Proficiency is indicated by a quick, accurate, and highly coordinated performance, requiring a minimum of energy.

 

NOTE: The key words are the same as mechanism, but will have adverbs or adjectives that indicate that the performance is quicker, better, more accurate

Assembles, Builds, Calibrates, Constructs, Dismantles, Displays, Fastens, Fixes, Grinds, Heats, Manipulates, Measures, Mends, Mixes, Organizes, Sketches.

 

 

P4

MECHANISM

(BASIC PROFICIENCY)

 

PRASISWAZAH

Ability to convert learned responses into habitual actions with proficiency and confidence

Assembles, Calibrates, Constructs, Dismantles, Displays, Fastens, Fixes, Grinds, Heats, Manipulates, Measures, Mends, Mixes, Organizes, Sketches.

P3

GUIDED RESPONSE

Ability to imitate a displayed behaviour / to utilize trial and error. Adequacy of performance is achieved by practicing.

Copies, Traces, Follows, React, Reproduce, Responds

P2

SET

Readiness to act (includes mental, physical, and emotional sets). These three sets are dispositions that predetermine a person's response to different situations (sometimes called mindsets).

Begins, displays, explains, moves, proceeds, reacts, shows, states, volunteers. 

 

P1

PERCEPTION

 

Ability to use sensory cues to guide motor activity

Chooses, describes, detects, differentiates, distinguishes, identifies, isolates, relates, selects.

Sumber:  Simpson E.J. (1972). The Classification of Educational Objectives in the Psychomotor Domain. Washington, DC: Gryphon House.


 

Jadual 9: Pemetaan Hasil Pembelajaran Program (PLO) MQF 2.0 dengan Atribut Graduan (AG, 2017) dan Kemahiran Insaniah (KI, 2016)

PLO

KEMAHIRAN

DOMAIN & TAKSONOMI

AG

KI

PLO4-IPS

Kemahiran Interpersonal

 

Afektif

Leadership Skill and Team Working (TW)

Teamworking Skill (TS)

PLO5-CS

Kemahiran Komunikasi

 

Psikomotor

Communication Skills (CS)

Communication Skill (CS)

PLO6-DS

Kemahiran Digital

 

Psikomotor

Global Citizen (GC) sekiranya generik

Critical Thinking and Problem Solving (CTPS)

PLO7-NS

Kemahiran Numerasi

 

 

Psikomotor

Global Citizen (GC) / Thinking Skill sekiranya generik

Critical Thinking and Problem Solving (CTPS)

PLO8-LAR

Kemahiran Kepimpinan, Autonomi Dan Kebertanggungjawaban

 

Afektif

Leadership Skill and Team Working (TW)

Leadership Skill (LS)

PLO9-PRS

Kemahiran Personal

 

Afektif

Adaptability (AD) / Scholarship (SC)

Life-Long Learning Skill (LL)

PLO10-ENT

Kemahiran Keushawanan

 

Psikomotor

Enterprising Skill (ES)

Entrepreneurial Skill (KK) & Managerial & Entrepreneurial (ME)

PLO11-ETS

Kemahiran Etika Dan Profesionalisme

Afektif

Scholarship (SC) / Global Citizen (GC)

Ethics, Values, Professionalism (EM)

Sumber: (Zaidatun, 2020) Slaid Taklimat Semakan Kurikulum Program Pascasiswazah

 

 

 

Seterusnya, Task Force Rubrik FSSH telah menghasilkan definisi konsep dan definisi operasi bagi lapan (8) Hasil Pembelajaran Program MQF 2.0 setelah mengambilkira faktor-faktor persekitaran pembelajaran, kesesuaian program dan kelestarian prinsip pentaksiran di FSSH seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 10.


 

Jadual 10: Definisi Konsep dan Definisi Operasi bagi lapan (8) PLO Generik MQF 2.0

PLO

DEFINISI KONSEP

DOMAIN & TAKSONOMI

DEFINISI OPERASI

PLO4

IPS

Kemahiran Interpersonal

 

Mempamerkan interaksi berkesan dan kemahiran berpasukan dalam komuniti pembelajaran dan pekerjaan serta kumpulan dan jaringan lain secara beretika dan profesional

                       

Display effective interaction and team working skills in learning and working communities as well as other groups

and networks, ethically and professionally

 

Afektif

IPS1 Kebolehan membina hubungan yang baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama

 

IPS2 Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan

 

IPS3 Kebolehan untuk mengenal dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain

 

IPS4 Kebolehan untuk memberikan sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan

 

IPS5 Bertanggung jawab terhadap keputusan kumpulan

 

PLO5

CS

Kemahiran Komunikasi

 

Menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan idea
secara berkesan melalui pelbagai kaedah kepada rakan sebaya, komuniti ilmiah dan masyarakat

 

Communicate knowledge, skills and ideas effectively using appropriate methods to peers, scholarly communities, and societies

 

Psikomotor

CS1 Kebolehan menyampaikan maklumat/ idea dengan jelas dan berkesan, secara lisan dan bertulis.

 

CS2 Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberikan maklum balas

 

CS3 Kebolehan membuat pembentangan dengan jelas dan bersesuaian dengan tahap pendengar

 

CS4 Kebolehan menggunakan aplikasi komputer/ integrasi Teknologi Multimedia Kreatif (TMK) melalui pelbagai alat multimedia dalam pembentangan

 

CS5 Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan

 

CS6 Kebolehan berkomunikasi dengan individu lain yang berlainan budaya dan latar belakang

 

CS7 Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi secara perseorangan atau menggunakan bahasa ketiga dalam komunikasi seharian

 

CS8 Berkemahiran dalam menggunakan kemahiran bukan lisan / isyarat tangan / bahasa badan

 

PLO6

DS

Kemahiran Digital

 

Menggunakan pelbagai teknologi digital dan perisian
yang sesuai secara kompeten bagi meningkatkan
pembelajaran dan penyelidikan

 

Use a wide range of suitable digital technologies and

appropriate software competently to enhance learning and research

 

Psikomotor

DS1 Kemahiran menggunakan peranti digital, aplikasi komunikasi dan rangkaian internet untuk mengakses dan mengurus maklumat secara berkesan bagi memenuhi keperluan pembelajaran/penyelidikan dan kehidupan sosial.

 

DS2 Kemahiran melibatkan diri dalam aktiviti siber dengan berkongsi kandungan digital, berkomunikasi dan berkolaborasi secara beretika dalam pelbagai platform bagi tujuan pembelajaran/ penyelidikan dan amalan professional

 

DS3 Kemahiran menyelesaikan masalah berfokuskan iklim digital secara kreatif dan kritis sebagai pemangkin kepada peningkatan kualiti pendidikan dan kesejahteraan masyarakat

 

PLO7

NS

Kemahiran Numerasi

 

Menunjukkan kemahiran dalam merancang, merekabentuk, menganalisis dan menilai data numerical dan grafikal dalam aktiviti penyelidikan kuantitatif dan kualitatif

 

Demonstrate skills in plan, design, analyze and evaluate numerical and graphical data in quantitative and qualitative research

 

Psikomotor

NS1 Kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur serta membuat penilaian yang berjustifikasi.

NS2 Kebolehan untuk mengembangkan dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan

NS3 Kebolehan untuk mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif

PLO8

LAR

Kemahiran Kepimpinan, Autonomi Dan Kebertanggungjawaban

 

Menunjukkan autonomi, kepimpinan dan kebertanggungjawaban dalam menguruskan kerja kumpulan dalam konteks penyelesaian masalah

 

Display autonomy, leadership and responsibility in managing group work in the context of problem solving

 

Afektif

LAR1 Berpengetahuan tentang teori asas kepimpinan

 

LAR2 Kebolehan untuk memimpin projek

 

LAR3 Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan

 

LAR4 Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan

 

PLO9

PRS

Kemahiran Personal

 

Mempamerkan peningkatan kendiri melalui perkembangan akademik dan profesionalisme berterusan

 

Display self-advancement through continuous academic and professional development

 

Afektif

PRS1 Kebolehan untuk mencari dan menguruskan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber

 

PRS2 Kebolehan untuk menerima idea baharu dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi

 

PRS3 Kebolehan untuk mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu

PLO10

ENT

Kemahiran Keushawanan

 

Mencetuskan idea keusahawanan melalui projek inovasi.

 

Initiate entrepreneurial ideas through innovative projects

 

 

Psikomotor

ENT1 Kebolehan untuk mengenal pasti peluang idea inovasi /perniagaan

ENT2 Kebolehan untuk merangka templat perancangan perniagaan menggunakan kemahiran teknologi.

ENT3 Kebolehan untuk membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan

ENT4 Kebolehan untuk bekerja sendiri dan bersedia untuk mengambil risiko

ENT5 Kebolehan merancang/ mengendalikan acara / menghasilkan produk secara bersungguh-sungguh dan tabah

PLO11

ETS

Kemahiran Etika Dan Profesionalisme

 

Mempamerkan pematuhan kepada etika dan kod amalan professional dalam memberi nasihat atau membuat keputusan

 

Demonstrate adherence to ethical and professional
codes of practice in advising and decision making

 

Afektif

ETS1 Kebolehan untuk memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional.

 

ETS2 Kebolehan untuk menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika.

 

ETS3 Kebolehan untuk mengamalkan sikap beretika di samping mempunyai rasa tanggung jawab terhadap masyarakat

 

 

Berikut adalah perincian PLO MQF 2.0 setiap satu dengan disertakan rubrik analitik bagi kegunaan pengukuran Hasil Pembelajaran Program (PLO) berdasarkan peringkat pengajian;

 

i)                    Program Prasiswazah

ii)                   Program Pascasiswazah

 
| PLO04 | PLO05 | PLO06 | PLO07

| PLO04 | PLO05 | PLO06 | PLO07 | PLO08 | PLO09 | PLO10 | PLO11 |


Copyright © 2012 Universiti Teknologi Malaysia

:: ::